Study

Seperti yang dijangkakan mood study memang betul-betul akan turn on di bulan ramadhan ni. For the sake of fundamental knowledge preparation, aku rasa aku dah ada on the right track.

Dalam masa beberapa minggu ni aku dapat bercakap dengan ramai orang di sekeliling aku. Thank God, hebatnya orang di sekeliling aku ni diorang mampu bagi cetusan-cetusan idea dan objektif-objektif baru demi kehidupan yang lebih gemilang. Haha wohoa!!
Jadi, pemikiran aku yang selama ini further high education level hanya sekadar untuk life goal fulfillment atau sekadar untuk mencapai hasrat semua orang untuk tengok aku one day jadi seorang academician yang berjaya atau sekadar untuk aku jadi duktur ingineur atau sekadar ini hanyalah too young too dumb too realize decision (I suppose to enjoy my life now, sebagai seorang bujang yang pergi travel ke serata dunia mencari pengalaman hidup dan pekerjaan), 
everything has been changed into something more positive intention.
Terima kasih untuk itu kawan-kawan. 

Jadi dengan ini bermulalah tugasan aku kembali sebagai seorang pelajar. Erk masih di universiti yang sama. Haha. 
Macam ni lah,aku janji, post-doc nanti aku fly jauh sikit la okeh. Haha. Itu pun dengan izin Allah.

Baiklah, jom bazaar ramadhan.

5 Ramadhan, 31 May 2017 - 6.10pm

Rumah Baru

Memandangkan kononnya aku fikir blog merupakan antara medium yang baik untuk meningkatkan kemahiran menulis sekaligus memaksa aku untuk terus membaca semata-mata untuk menambah idea penulisan, jadi kemungkinan besar aku kekal update. 
(Tamat ayat skema di sini hehe)

Sebenarnya dalam masa sebulan ni macam-macam hal lah, yakni yang paling penting termasuklah oficial offer letter dah keluar yayyyy!! dan pindah masuk rumah baru. Sangatlah comfortable, big enough for four of us. However I could say that i miss all the memorable memories rumah lama. Banyak pulak tu. Tambah pulak tab yang aku dah pakai dekat 3 tahun lebih tu tiba-tiba rosak, terpaksa tukar phone baru bulan lepas. Aduhhh i guess people in my circles might know that ada beberapa benda yang aku tak suka nak tukar-tukar like phone, lappy, purse and another few things. Mungkin banyak benda ber-sentimental value aku simpan dalam tu. Memang nak aku betul-betul move on lah haha. 

view rumah lama dulu



Baiklah, itu saja update for the sake of 'rajin menulis' aku ni.
Thankyou silent readers, muahciked haha

3 Ramadhan 2017 masihi, 4.15pm - 29 May 2017


Ashikin dan koleksi lukisan amaturnya

Entah sejak bila aku berminat dengan architecture drawing ni entah lah. Tahu-tahu je aku dah start drafting sikit-sikit, tahu-tahu je dah siap beberapa lukisan ala arkitek walaupun tak lah sehebat pelukis-pelukis lain kan. Tapi boleh-boleh saja lah buat mengubat 'stress'. Hidup ni kita perlu banyak bertenang selepas habis semua benda kita nak rush. Nak cantik rush, nak kawin rush, nak pergi kl rush, nak graduate pun rush. Yah i know time will keep chasing us, however sometimes we need to chill. Take a few seconds to take a deep breath and feel the calmness. 







Tak penat ke rush? 
Okay lah, itu je aku nak cakap. 
Salam 2 Ramadhan 2017 masihi. Semoga ini bukan ramadhan terakhir buat kita semua.

28 May 2017