Anak kecil dan Surah Yasin

Assalamualaikum
selamat pagi
selamat hari2

mengingatkan kembali motif sebenar aqu ber'blogging adalah untuk meningkatkan kualiti penulisan aqu.
bila direnung-renung, boleh tahan malas juga aqu ni. Apa nak jadi dengan kamu ni Ashikin?? heeeee ^^

Tiba-tiba pagi ini aqu punya sedikit contengan idea, dek teringatkan seorang kanak-kanak comel yang aqu sendiri tak kenal asal usulnya dan apa namanya.

Hanya sekali pertemuan ringkas tanpa sengaja bulan lepas membuatkan aqu sering juga tertanya-tanya khabar anak kecil itu.
Makan ke tidak? Tidur di mana? Sihat atau tidak? Sekarang dia di mana?
Entah. Moga aqu dapat bertemu lagi dengan dia.

Suatu hari, aqu dan dua orang teman serumah aqu mengambil keputusan untuk keluar berjalan-jalan di sekitar Jalan Tar yang penuh sesak 2 minggu sebelum aidilfitri. Naik LRT saja lah yang mampu. Dari jauh aqu lihat banyak persembahan anak muda berjiwa seni betul-betul di depan Sogo. ^_^. Aqu ajak sahabat-sahabat aqu ke sana. Aqu memang suka benar dengan persembahan jalanan. Dengan bersesak-sesak dapat jugalah aqu lihat persembahan lukisan mural barangkali dari jarak yang lebih dekat. 

Sahabatku Mia, dia memang sukakan budak-budak. Laju saja tangannya mengusap kepala seorang anak kecil bertudung merah jambu di depannya. Dia kira anak kecil itu anak kepada pengunjung di situ juga. Tapinya tidak. 

Lantas anak kecil itu berpaling pada Mia, lalu diserahkan Surah Yasin bersaiz poket kepada Mia. Mia tergamam. Aqu tanpa banyak bicara terus menyambut Surah Yasin itu dua keping. Aqu tanyakan padanya harga sekeping dan dia menjawab 5ringgit. Matanya coklat, kulitnya putih gebu. Comel sungguh anak itu. Aqu keluarkan not RM10 dan aqu serahkan padanya. Laju dia menyambar dan dia pergi dari situ. Sendirian. Tiada teman bersamanya.

Aqu kira umurnya dalam linkungan 5-6tahun. 
Aqu tak dapat bayangkan dalam usia begitu dia sudah berani berjalan di sekitar bandar Kuala Lumpur seorang diri. 
Aqu benar-benar mahu tahu dari mana datangnya anak kecil itu.

Aqu pun tak tahu kenapa terlalu banyak aqu fikirkan tentangnya. Bagi aku, anak perempuan seusia begitu tak sepatutnya dibiarkan begitu saja tanpa pengawasan sesiapa. 
Mungkin anak kecil itu punya cerita tersendiri yang aqu tak tahu.

Moga nanti dapat bertemu lagi dengannya, boleh makan tengahari bersama ^_^...