lepas grad

lahaiii baru aqu sedar jam blog ni tak berapa betul..
Apa saja lah kau Ashikin - nk betulkan xreti pulak, jenuh mencarinya dari tadi..

nanti setiap post aqu sertakan tarikh dan masanya lah..

Dalam sedar aqu terlalu banyak berfikir tentang masa depan - apa saja yang ingin aqu lakukan. =)
menghitung bulan nak bergraduasi..[hitung bulan saja lah baru, kang hitung hari lama pulak rasanya]

beberapa perkara penting yang harus aqu lakukan setelah grad - 
antaranya :

1) cari kerja secepat mungkin (aqu kalau boleh tak mahu mama papa tengok anak dara dia tanam anggur lama-lama, biarpun otak ni teringin sangat nk berehat-rehat bersenang-lenang goyang kaki di rumah.. haha perabis beras)

2) berjimat cermat, simpan lahh sikit2 gaji tu (haha tak kerja lagi mcm mana mau jimat nii??)

3) Beli rumah dan kereta sendiri (tu pentingnya jimat cermat, maklumlah rumah dan kereta harganya sedang melonjak melambung)

4) mahu ada buku sendiri (serius baru siap 3 bab,, sudah hantar,,haha apa aqu mengarut entah lah,, harap2 tak kena reject masuk tong sampah, kecewalah hati aqu nanti) haha

5) nak buat perpustakaan sendiri di rumah. (stok buku boleh tahan melangit sekarang ni) 

6) nak jd sukarelawan (mana-mana saja lah yang terima muka aqu masuk join diorang)
  
7) ada beberapa kerja yang aqu mahu buat, tapi tak mampu nak lampirkan kat sini.

aqu yakin semua orang ada matlamat masing2.. apatah lagi matlamat mahu kejar redha Allah..

semuanya tergantung pada niat.. ^_^

niat nak buat baik --> dapat 1 pahala
betul2 buat niat baik tu --> 2-3 kali lipat pahala..

in shaa Allah. ^_^

16 Mei 2014 1.08 am
 

Panggilan Jihad

".... Tidaklah sama orang beriman yang duduk (yang tidak turut berperang) tanpa mempunyai uzur (halangan) dengan orang yang berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan darjat orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang2 yang duduk (tidak ikut berperang tanpa halangan)...." 
[An-Nisa' : 95]

Benar, kita juga mampu melihat sendiri walaupun hanya dengan mata kasar beza orang beriman yang bersenang-senang daripada orang beriman yang berjuang di jalan Allah. 

Hatta kita juga mampu menilai,, apa lagi hebatnya darjat orang-orang beriman yang berjuang di jalan Allah.

Seringkali ada ungkapan-ungkapan tidak begitu berani 
"Aku tak biasa lah dengan dakwah.."
"Aku rasa aku tak layak ada dalam medan dakwah.."
"Aku tak punya banyak ilmu.."

Dan beribu alasan lain lagi. Sungguh jalan juang ini sungguh perit, kadang-kadang aqu jua rasa bermalas-malasan. Ahhhh persetankan malas-malasan itu, injakkan kaki mu kawan. Lantas turut derta dengan anak-anak muda yang ada ilmu di dada, ditambah dengan hamasah yang tersimpan dalam jiwanya..

Berjuang bagaimana? 
perlukah kita ikut berperang menegakkan Islam di Palestin mahu pun Gaza.
Andai termampu sahabatku, kau pergi lah ke sana..
In shaa Allah andai kita punya kudrat. 
Moga takdir bisa bawa kita ke sana merasai sendiri keperitan yang saudara kita alami. 

Pertama sahabat ku, kita perang dalam diri sendiri.. 
tumpaskan nafsu.. 
jihad ini, jihad sampai mati..

perhebat nilai-nilai dalam diri.
bina kualiti-kualiti 
cungkil segala kemahiran dan ilmu
mantapkan diri dengan tarbiyyah
suburkan jiwa dengan dakwah

dan sentiasa igt bahawa andai Islam itu tertegak dalam jiwa2 manusia seluruhnya,, maka Islam akan tertegak dengan sendirinya.

ingatkan aqu andai aqu terlupa..
tampar muka aqu andai aqu bermalas-malasan dengan alasan bosan.

Moga hati kita terus thabat. 
Amin Ya Rabb

source: google

source: google