Dunia yang tertindas vs Manusia yang tidak pernah peduli

#AidForSyria

Perkara yang sudah lama sehingga hari ini, kita dihidangkan dengan berita-berita sedih dan menyayat hati tentang ummah yang tertindas di sana-sini. Hak kehidupan mereka dinafikan, sedang sebuah keluarga diusir dari kediaman satu-satunya tempat mereka berlindung, satu persatu ahli keluarga yang mereka sayangi terbunuh begitu sahaja tanpa sebarang pembelaan, bekalan makanan dan ubat-ubatan yang tidak mencukupi, fasiliti pendidikan apatah lagi. Lalu teruslah mereka kuat untuk meneruskan hidup untuk menyelamatkan nyawa anak-anak kecil terutamanya ke negara-negara jiran dengan memegang status pelarian mahupun tidak berstatus apa-apa.

'Pelarian'
Pernahkah kita yang hidup dalam negara pasca-merdeka yang terlalu yakin dengan kemerdekaan yang dicapai melalui rundingan damai ini, terfikir atau terlintas - apakah sebenarnya realiti yang dilalui oleh seorang pelarian?-
Aku juga sedang tepuk dada bertanya iman.. Ahh terlalu tipis aku rasakan. 

Memang, kalau aku minta kita semua letakkan kaki di dalam kasut mereka, selamanya tidak akan pernah sepadan. Kasut itu barangkali terlalu sempit untuk kita yang bermegah dengan kehidupan, terus berfantasi dan berangan, kurang insaf atau apa saja yang membuatkan kita rasa biasa-biasa saja dengan khabar-khabar penindasan. Apatah lagi nak minta ambil peduli dengan membaca semua fakta geopolitik. Naahh
Jadi, jangan kita sembang pasal Human Right kalau meletakkan mereka dalam doa pun kita tidak mampu.

Mungkin Tuhan menguji dengan kesenangan dan keselesaan dalam keadaan politik yang kian rencam kini, terlalu lapang pergi ke sana-sini, membeli itu dan ini walaupun matawang sedang krikkrik.. kalau lah ini sekadar seketika cuma.
Siapa tahu, esok hari kita?

-Untuk yang sedang buat duit dan menyumbang, teruskan kerjaan itu- maka percayaaallahhhh tidak akan berkurang rezeki dengan bersedekah.
-Untuk para sukarelawan yang sedang berkhidmat, semoga terus dilindungi dan terus kuat.
-Untuk yang sedang berdoa, teruskanlah dengan padu!! sesungguhnya doa itu senjata paling ampuh.
-Untuk pimpinan yang sedang berusaha, semoga dipermudahkan segala urusan.
-Untuk yang terbuka hati untuk menyumbang, nahh di sini dan ada byk lgi NGO boleh paste'kan link:

Fb: Aman Palestin Official http://www.muslimcare.org.my/derma/

Wallahualam,
~ (12/22/16-11.53am)

#bukankempenpolitik #AIDFORSYRIA #Rohingya #Acheh


Sertai kempen melalui dua pakej berikut;
Bantuan Musim Sejuk | RM150
Ten4Syria | RM10
-Akaun Aman Palestin Berhad:
Bank Islam: 12029010047880
Maybank: 562263010787
CIMB: 8600460353
Muamalat: 12070005133717
RHB Bank: 21245760004907
Bank Rakyat: 220806195922