Tunggang Langgang

Ada banyak perkara yang bisa mengubah seseorang. Baik dari segi perwatakkannya mahupun tingkah laku. Juga aku manusia biasa sering berubah-ubah mengikut peredaran waktu seiring dengan usia yang bertambah saban hari. Cuma satu, aku harus kekalkan. Identiti. 

Semakin lama semakin aku sedar beberapa perubahan dalam diri aku, yang aku sendiri tak pasti apakah ianya baik atau sebaliknya.

Aku cari tahu kemudian.. sebab sekarang terlalu banyak perkara yang mengejar aku di belakang dan aku yang cuba melarikan diri ni semakin lintang pukang.

Tunggang langgang.... 

Every 20th November since 1992

Alhamdulillah. I have learned a lot of things from others. Thank you so much. I do appreciate everyone around me. You, you and you (im smiling) is a 'special gift' from Allah swt. Tell me what can I do without HIM. Im just nothing. When i said 'special gift', it is something that will not last forever in our life, Allah hold the ultimate power to take it from u anytime anywhere even if we're not ready to face it. Therefore, all i want to say is i love everyone..... (this is true statement from the bottom of my heart yeahhh hehe)

Finally, it's my birthday, turn 23 this year, little kiddo to my parent, unreliable, weirdo, monochrome, underground, chaos, uncontrollable, pets lover, noob, poyo.. (or whatever u want to describe me).
So this is a part of my declaration this year haha: 

Be thankful instead of being proud. Because being proud is just one of the 'dunya' feelings.
Learn to accept instead of being tolerance. Because tolerance have limitation (it's like a time bomb pufffffffff) while acceptance is infinity.
Be patient, patient shouldn't have limitation.
Living your life with less or without expectation. Believe in Allah swt, if we ever heard that what goes around kannn. Lower down your gaze. Improve self tarbiyyah.
Take care of your health.Smile everyday. Cry if want to do so. Express your feeling through dua, don't keep it inside.Don't speak to loud haha. Stop doing poyo things. Keep your pickup lines in your mind don't say anything to others because people might think it different way hahahaha. Control the sweetness of your words (stop sweet talker things like that).
Mind our words, keep it sweet like candy just in case we need to eat them up.


-hihihi it's just a special reminder to myself- 




 



Saiz Hati

11 Oktober 2015
On wattpad
 
Seakan-akan diari hari ini.
Saiz hati sedikit mengecil. Tindakan insan sekeliling yang aneh-aneh terkesan sekali seolah-olah goresan luka. Berdarahnya tidak, tapi lukanya ada. Bukan selalu kita menangis, cuma agak-agaklah deyy sedih juga. 

Tak minta banyak pun, sekadar seperkara ikhlas. Tipu andai kita kata kita tak pernah minta balasan terhadap apa yang diberikan dengan sungguh-sungguh. Tipu. Jarang sangat berlaku, cuma sekali-sekala bila hati ikhlas menerima, kita juga mengharap begitu juga insan lain terhadap diri kita. Tapi tidak. Hidup lah tanpa 'expectation'. Kata orang putih 'Expectation lead towards disappointment'.  Be expectationless. 

Untuk saiz hati yang sudah mengecil dua sentimeter tadi, mohon membesar kembali ya. Aku tunggu kau sembuh sekejap. Sementara tunggu kau sembuh, aku buat kerja lain dulu.
Dalam hal kau yang itu. Aku tak salah. Tegas. Aku tak salah.
Bukan hal aku. Maaflah.

satu hari

Tiga Oktober, 2015

Semalam kalau tak silap aku, satu hari suntuk aku menghadap perkara bukan akademis yang aku minat.
Mencari kebahagiaan sendiri. 

Disebabkan esok satu hari suntuk aku akan duduk diam-diam dalam kelas, makanya harini aku berazam dengan penuh keazaman untuk menguraikan apa-apa yang berserabut sepanjang minggu.

Teringat kata papa, "Belajar harus selalu, kalau ditinggal-tinggalkan tak menjadi. Nak mula balik susah." 
Betul lah tu, setuju sangat.

Dan aku masih terfikir-fikir tentang keputusan aku untuk berada di sini, apakah...

Tak apa lah, doakan yang baik-baik saja. 
Ketabahan itu datang dari jiwa yang tak pernah putus berdoa.
Hahh tudia. Insha Allah. 

"...Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmu pengetahuanku..." [Taha:114]

Monokromatik

30 September 2015, Rabu
 
Berdirinya seorang 'Aku' yang bercorak hidup hitam putih monokromatik tak pernah lari dari rutin biasa. Semuanya sama. Susunan langkah seolah-olah menjadi, setiap perancangan yang diatur dengan sempurna. Seolah-olah Tuhan bikin segalanya mudah buat aku. Aku syukuri pada setiap inci nikmat yang diberi. Sangat aku hargai. 

Pada satu sisi aku melihat kedukaan pada butir-butir jernih air mata yang tak terlihat ditirai mataku, tangisan hamba lain yang tidak semudah aku liku-likunya.
Aku belajar dari pengalaman mereka yang tak putus-putus dihujani ujian darjah kesukaran tinggi. Gelombang badai yang menghempas pantai hati tak pernah menggoyah iman para hamba yang patuh pada perintah Yang Maha Esa.

Aku kagum dengan keberanian mereka berdepan dengan cabaran walau hidup sekadar pentas lakonan. Layar perak.
Aku tersenyum tatkala mendengar kisah mereka dan terpana setiap kali aku merenung ke dalam bulatan mata ikhlas mereka.

Terima qaseh kawan-kawan kerana sudi berkongsi rasa dengan insan kurang coraknya.

-wattpad: 12 September 2015-

Sang Penulis Ikhlas

Sang penulis ikhlas. Mencoret kata dari hati pada sekeping kertas. Sehingga kertas yang tiada harga menjadi sebuah naskah agung rujukan pencinta sastera. Bagaimana ya jiwa seorang penulis? Aku sering bertanya soalan sama. Tak pernah berhenti mencari jawapan dalam bentuk ungkapan sopan. 

Jarang sekali aku ragu dengan nukilan penulis yang aku suka. Membawa aku kepada imaginasi sendiri. Membayangkan dunia yang bukan realiti, kadang-kadang indah kadang-kadang ngeri.

Aku mula jatuh cinta.

Sabar

Sabar. Satu perkataan yang selalu dilontarkan khas untuk insan-insan yang mengalami sesuatu norma dugaan yang bertimbun-timbun dan mengambil keputusan untuk bercerita kepada orang lain. Haha. Andai sabar itu semudah kata menyebutnya.

Andai saja. Dek kerana tindakan sabar itu teramatlah berat untuk dilaksanakan. Maka kadang-kadang kita jadi naik muak menyampah untuk mendengarnya lagi.


Tapi suatu hari, hanya kata 'sabar' saja yang aku mampu ucapkan pada sahabatku. Lalu aku olah sedikit kata sabar itu agar tidak kedengaran klise kepada 'Kau mampu sabar sikit lagi tak?'


Lebih kurang begitu. Dan aku terus mahu menjadi pendengar setia untuk dia, dan mungkin satu hari nanti aku juga berharalp dia selalu ada untuk aku juga untuk katakan 'Kau sabarlah sikit' kepadaku.


Sabar ya kawan-kawan saya. ^_^

-wattpad-

Rasanya Hari Ini

Dua Puluh Enam September, 2015

Rasanya hari ni tiada yang istimewa. Seperti hari-hari kebiasaannya.
Masih dalam keriangan cuti raya haji. Juga trip aku ke Pulau Pinang ditangguhkan atas sebab-sebab tertentu.

Jadi aku rasa mahu update sama ini blog dengan penulisan-penulisan yang pernah aku cuba di wattpad.
Terima kasih banyak-banyak ya bagi yang sudi membaca 'Lisztomaniac, Chenta dan Pandang'.
Maafkan saya yang tak berapa bagus ni.

^_^
17 September 2015

Blog berhabuk...
Phuuuuuuhhh tiup kiri kanan, ambil penyapu. Sapu sawang pada laman sesawang. Haha.

Minggu kedua kuliah.
Suasana pembelajaran yang teramat kondusif.
Selesa.
Bahagia.
Everything was good.
Nothing wrong.
Alhamdulillah.
Come along with full of blessing from my parent and my only brother.
Depend on myself how do i put my effort.
May Allah ease.

Prihal pertolongan manusia

Aku cukup senang bila melihat sahabat-sahabat dari universiti lain datang ke Ump sebagai tempat persinggahan (gaya zaman Tanah Melayu masa zaman kesultanan Melayu Melaka hehe) sebelum mereka bertolak menuju ke lokasi banjir. Mereka bertindak sebagai sukarelawan sangat lembut hatinya, ramah dan murah dengan senyuman.

Aku amat menyenangi kehadiran mereka, dari jauh datang untuk menghulurkan bantuan, walaupun kocek tak berduit, mereka datang untuk menyumbang kudrat empat kerat. Dengan kesedaran mereka ada, aku juga tersentak sendiri, bangun dari sikap pentingkan diri. Lalu aku menyahut seruan Tuhan untuk bersama sahabat-sahabat menyertai misi kemanusiaan ke Kelantan.

Musibah itu pengajaran buat aku.

Suatu ketika dulu rumah aku juga pernah dilanda banjir. Kalau tak silap aku darjah tiga. Ibu dan ayah aku yang berniaga habis hilang barang dagangan mereka. Teringat pula saat itu aku dan abang mencedok air yang bertakung di dalam rumah. Dari situ hubungan kami dua beradik menjadi sangat akrab. Satu hikmah yang aku belajar dalam usia aku 9 tahun.

Sepanjang di Kelantan, aku belajar erti satu kesyukuran. Bila mana manusia amat mudah untuk menyatakan syukur setiap kali di beri nikmat oleh RabbNya, namun bukanlah semudah itu untuk bersyukur apabila menerima ujian apatah lagi yang disebut-sebut sebagai musibah. Jujur. Aku juga mungkin tak mampu tersenyum seperti mereka. Alangkah Allah tahu daya dan kemampuan manusia, lalu dicampakkan ujian kepada mereka. Allah Maha Mengetahui sedangkan kita tidak. 

Maka benarlah "..Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya..." [Al-Baqarah: 286] 

Aku belajar tentang kebergantungan pada Allah itu adalah yang paling utama, bukan pada manusia. Manusia datang dan pergi, adakalanya pergi tak kembali. Apakah wajar kita bergantung harap pada manusia sedangkan hati manusia juga milik Allah, dan Allah jualah yang menggerakkan hati-hati ini. 

Setiap pertolongan itu datang dari Allah, dan manusia hanyalah perantara.. =)

Senyum sabar, syukur..

Ujian Allah lemparkan untuk menguji keimanan hambaNYa

dan maka benarlah juga "..Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka masih belum diuji (dengan sesuatu cubaan)?.." [Al-Ankabuut:02]