medic =)

"Kalau laa semua manusia dalam dunia ni dikurniakan ilmu dan kepakaran dalam bidang medic mesti lagi banyak nyawa boleh diselamatkan.." Fahmi termenung-menung, melurutkan sedikit kaca matanya kembali melihat menelaah kesan alkohol pada sistem saraf. Curious. 

"Dah tu siapa nak bina hospital..??,, alamat kau treat patient kat bawah pohon pisang saja lah, itu pun kalau kau berjaya cari pohon pisang yang segar." Naqiu tersengih-sengih pula menelaah muslim show comic, macam ni pun boleh. Sarcastisme detected. 

"Iya juga." setuju. Keupayaan manusia yang Allah swt beri ni memang unik. Hebat aturannya. 

"Makin lama stay dalam bidang professional, makin malu dengan Allah." Naqiu menutup lappy. Dia bersila menghadap roomate yang dikasihi. 

"Kau rasa macam tu? Aku dah tak tau nak letak muka kat mana dah ni. Macam-macam benda kita buat dulu, aku tak tahu macam mana nak bayar balik semua tu?"  Fahmi merenung ke luar jendela.

"Sekarang kau nampak hikmah kenapa kita dalam bidang ni?" Naqiu juga melempar pandangan ke arah sama. Sekali sekala langsir putih itu terbuai ditiup angin lembut. 

"Nampak. Nanti kau design hospital elok-elok noh. Depa kata, kalau aku buat silap, satu nyawa hilang. Kalau kau silap, banyak nyawa tergadai." dia menepuk-nepuk bahu sahabatnya. Dulu dia memandang remeh kepada bidang arkitek, baru tahu ada sahabat tak tidur malam siapkan design itu dan ini. 

"Kau ni. Bikin hati ni tak tenteram pulak. Nak pi study la macam ni." Naqiu bingkas dari duduknya. Dia melangkah ke meja study. 

"Laaa pulak. Okay." Fahmi tersenyum sendiri.

"Fahmi, aku sayang kau kerana Allah." tiba-tiba Naqiu bersuara, fokus matanya tidak beralih langsung dari kerja. 

"Aku pun. Ni kenapa ni?" kening berkerut, senyum tak lekang. 

"White Coffee kawwww satuuuu." tangan dilambai sedikit seolah-olah berada di kedai kopi. 

"Kenapa aku pulak?" Fahmi menggeleng.

"Kau ingat kita kat Malaysia? Kalau kat rumah sendiri bolehlaa mintak tolong ibu buatkan. Kalau kat sini, kau laa. Pleaseee.." Naqiu melempar bebola kertas yang dikepal-kepal sedari tadi ke arah Fahmi.

"Ehh main kasar. Buat la white coffee kau sendiri."

"Laaaaa jangan la merajuk bro, buruk bha begitu. Kopi kopi kopi." Naqiu tersenyum-senyum.

"Dah diammm. Study, jangan bising." Fahmi bingkas. 

"Kau nak gi mana?" Pelik. 

"Gi buat white coffee." Fahmi sedikit berteriak. Langkahnya tak berhenti menuju ke dapur.

"Yahooooo..... " Naqiu ketawa besar. Dia menyambung tugasannya.