27.06.14 Pengumuman Ramadhan

Baru tadi berita jam 8 ditayangkan pengumuman Ramadhan.
Itu lah detik-detik yang selalunya aqu tunggu setiap kali menjelang Ramadhan.
Sungguh klasik.
Gaya penyampaiannya masih sama walaupun orang yang berbeza.

...."Bagi Duli-duli yg maha mulia,,,,...."

haha ^_^ cukup aqu suka.

Selalunya sebaik saja tarikh hari pertama puasa diumumkan secara rasmi,
pasti ada azam-azam baru yang terlintas di hati.

Ada yg berazam mahu belajar berpuasa [selama ni tak pernah cuba puasa]

Ada yg berazam mahu puasa penuh [selalunya ada lompong lompang]

Ada yg berazam mahu cari rezeki lebih [meniaga lah tu]

Ada yg mahu khatam 30 juzuk al-Quran [ini baik (y)]

Ada yg mahu keluar sadaqah lebih byk [ini lg awesome]


macam-macam lagi. Allah Allah

itu semua yang baik-baik. Sama ada kita mahu atau tidak mahu saja.
Kita jangan pandai-pandai kata .. "aqu tergoda dgn syaitan2 sebab tu aqu tak mampu laksanakan azam aqu.."
haha , jangan menipu syaitan sudah kena ikat.
Kita ni yg terlalu biasa hidup bergelumang dgn godaan syaitan sbb tu agak berat walaupun semuanya sudah diikat.
Seganya tergantung pada kita...

Ayuh,, saya tahu.. Kita boleh,.,., Kita Kuat.,. ^_^

..." Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa... "
 [Al-Baqarah : 183]  

Paling admin tahun ni puasa dgn fifa sekali boleh layan ^_^