ramadhan 1999

Masa aqu darjah satu. 
Sekolah di SK Sri Aman berdekatan rumah. (tak dekat juga lah, aq gi sekolah jalan kaki 1km macam tu)
Sepanjang ramadhan darjah 1 tu mana pernah aqu puasa. Sudah lah tu tiap2 pukul 3 petang ibu aqu hantarkan bekal. Macam2 bekal lah untuk budak bertuah yang tak mau puasa ni. Haha.
Sampai lah satu hari 14 Ramadhan, terdetik pula dalam hati aqu mahu berpuasa..(kata abang, budak tak puasa tak boleh makan moreh) haha. Terbuka jugalah hati aqu ni.

Dari pagi aqu semangat bangun sahur. Mata tak buka tapi tangan masih sampai ke mulut. Haha.
Ke sekolah macam biasa (sesi petang, dalam jam 1.15 aqu ke sekolah). Yang sebenarnya dari jam 11 lagi perut aqu sudah menyanyi riang. Lagu dangdut Cintaku 100% versi raggae bob marley One Love. 
Aqu gagahi juga ke sekolah, ikutkan hati mahu tidur saja. 
Sampai sekolah aqu kembali segar dek lawak kawan-kawan.
Masuk saja jam 3 petang. Hah sudah kawan-kawan sebaya yang tak puasa semua bergerak ke kantin sekolah. Mama mereka juga seperti mama aqu, bawakkan bekal untuk anak-anak. 
Tapi di sebabkan aqu berazam mahu puasa hari itu, mama aqu tak mahu datang hantar bekalan makanan.
Duduk lah aqu di tepi bangunan pra-sekolah, ada jongkang jongket kat situ.
Tergoda aqu tengok Hanis (budak rambut panjang yg comel) makan nugget. Perghhh... dengan muka berseleranya. 

Aqu tahan sampai balik rumah. 
Sudah jam 6.30 petang. Ahhhhh.. perut aqu meronta-ronta.
Mengamuk satu badan.

Aqu : "mama, adik nak makan.."
Mama: "Tak boleh"

Aqu : "Papa, adik nak makan. tak tahan dah ni."
Mama: "Papa jangan kesian kat dia."

ehh papa tak dan nak kata apa2. haha..

menangis bagai nak rak aqu ni ha...

sampai tertidur depan tv. 
tiba2 papa datang kejut.

"Adik, bangun. lagi 2 minit kita nak buka puasa dah."

Haaaa??? What... 7.31 masa tu aqu igt lagi. lewat betul...

Yeahhhhhhhh....

Dengar je azan,, terus minum sirap bandung.. 3 mug.. haha
dahaga sangat. Lepas tu terus aqu kenyang. haha

Masa tu rasa happy sangat2..
setengah jam aqu senyum.
Darjah 1, ist time puasa. Allah bagi nikmat rasa bahagia semacam.
Sejak tu aqu puasa.. bila dah muka kesian sgt baru mama bagi lepas.

Sampai sekarang, 
setiap kali mahu berbuka puasa, hati aqu ni melonjak gembira..

Sepanjang tahun, aqu rindu Ramadhan. 
bulan ibadah, dapat tengok jemaah kat masjid ramai sgt2.. ^_^

Moga Allah campakkan hidayah dalam hati setiap dari kita para pencarinya.. ^_^..


Rasulullah bersabda bermaksud: "...Bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraan. Pertama, ketika dia berbuka dan kedua, dapat bertemu Allah di akhirat nanti...."
(Riwayat At-Tirmizi).  

sources : google