Komitmen aqu

Kalau ditanya tentang masa depan, sudah pasti aku akan jawab "tak tahu".
"Tak tahu" itu jawapan paling jujur yang boleh aku luahkan.
Sumpah tak tahu apa yang Allah swt caturkan untuk masa depan aku.

Yang pasti mulai hari ini, aku dah tak boleh berputus asa mahupun berlengah-lengah dengan peluang depan mata yang aku ada. Aku tak mahu usia muda ini dibiarkan berlalu tanpa apa-apa. Tanpa apa-apa perkara yang paling kurang untuk aku bentang di hadapan Allah saat aku terdesak tak mahu dicampak ke neraka.

Mulai hari ini, kerahlah segala titik peluh kau, lakukan apa saja usaha untuk kau jumpa jalan menuju syurga. Biarlah dipandang pelik oleh manusia, jangan segan nanti di depan Tuhan. 
Sedangkan bukan manusia yang beri kau makan, kerana Allah lah yang menyatakan ketentuan. 
Hatta mereka yang bersuara bak guruh dilangit itu pun ,, Allah lah yang menyuap mereka dengan kehidupan.

Jangan takut dengan sesiapa.
Takut kau hanya pada Allah.. 
bangunlah anak muda.

seperti kata Nirvana - Smell like a teen spirit
dan diterjemahkan oleh Nami Cob Nobbler - bau semangat anak muda.

^_^
Labaik,, labaik...