pertemuan dan persahabatan

"Astaghfirullah..... oh noooo way man..pukul sembulam lima minit." 
laju dia terjun dari katil. Ini bala tidur lepas subuh. Apa nak jadi?? jenuh la hari ni tadah telinga dengar Madam Suzana membebel. Sudahlah tak berapa score subject dia. 
'Nanti-nanti je lah aku mandi ya.' Dia sengih segaris. Makin laju langkah kakinya dihayun ke dewan kuliah. 
"Sembilan lima belas minit. Arghh.." 
Dia berlari-lari anak. 

"Ops.. Sorry." 
Accident pulak dah. Berterabur kertas kawan tuu. 
"Hoiii,, sorry je? Blah macam tu je ke? bukan nak tolong. Kau jangan bagi aku nampak lagi muka kau depan mata aku."

"Awak kenapa? Bebel sorang-sorang?" Syazlin tercegat di depan sahabatnya. 

"Tak de ape la, awak tak mau tolong saya? Tak nampak ni?" 

"Nak tolong. Tapi Naqiu, saya ada class ni. Pergi dulu." Shazlin ketawa kecil. Dia berlalu pergi. 

"Ni sorang lagi, lain kali tegur aku dalam situasi lebih kurang macam ni, aku sumbat mulut dia dengan buku ni. Dah la tak tolong." Dia sambung membebel.

----

"Nak apa?" 

"White coffee pun boleh la. Thanks Fahmi." Fakhrul tersenyum. Dia membelek buku yang baru di belinya tadi. Diari Mat Despatch  oleh penulis kegemarannya Baharuddin Bekri.

"White coffee satu, Hot chocolate satu. Lapan ringgit dua puluh sen encik." juruwang itu mengukir senyum. Talam putih berisi cawan dua mug minuman itu ditolak kehadapan sedikit. 

"Nah." not sepuluh ringgit bertukar tangan.

"Ini bakinya, terima kasih encik." 

"Sama-sama." Dia kembali melangkah ke meja tadi, dilihat Fakhrul dari jauh sudah mula kusyuk dengan novel yang dibelinya tadi. 

"Apa ni? Jalan tak tengok depan ke?" mandi coffee aku.

"Maaf-maaf encik." Dia kaget ditemplak. 

"Woi, kau lagi. Baju aku ni, siapa nak ganti." Sejak bila Naqiu mula berkira-kira. 

"Relax la bro, aku dah mintak maaf kot. Bukan sengaja aku nak tumpahkan air ni, buat rugi aku je." Fahmi meletakkan kembali talam putih itu di atas meja kaunter. Dia berlalu pergi. 

"Biadap betul. Kecik je aku nampak budak ni." 

"Apesal?" Iwan yang baru tiba, berkerut dahi melihat baju kemeja-t putih yang disarung sahabatnya itu bertukar warna. 

"Budak tu punya pasal, blah macam tu je. Buat orang bengang." 

"Laa, Fahmi. Relax la, junior kita kan. Tak pa, baju kau aku beli baru. Jom." Iwan menarik lengan sahabatnya. Memang kuat bebel. Tak larat dah nak layan.

--------

Dia mengaminkan bacaan doa imam. Tenang pula rasanya solat berjemaah ni ya. Lain macam rasa tenangnya sebab jarang-jarang datang. 
Dia menyambut huluran salam jemaah yang duduk disebelah kirinya. Dia menghadiahkan senyuman. Jemaah itu menepuk-nepuk bahunya. Macam dah lama kenal. 
Lantas dia berpaling kekanan pula, dia menghulur salam. Lantas disambut dengan baik oleh jemaah itu. 

"Lah, engkau lagi." bulat matanya merenung.

"Ye, saya bang." Fahmi senyum, muka innocent dipamer. 

"Malas aku nak layan." Naqiu bingkas berdiri. 

"Esok jemput datang iftar, boleh berbuka sama-sama." Fahmi menghulurkan flyers. 

"Makan iftar, setalam dengan kau?" Naqiu fylers dirembat. Sekali flyers itu direnung.

"A'ah." muka Fahmi tak beriak. 

"Oh man. Sorry sikit ok."  Naqiu melangkah meninggalkan Fahmi.Budak- budak jangan dilayan sangat katanya.

"Budget." Fahmi bergerak mengedarkan fylers pada jemaah lain. 


baharuddin bekri, antara penulis favourite admin

Hari-hari pun hari ibu.. ^_^ celebrate la hari-hari

wanita yang dicintai.. 
ibu,, ummi,, mak,, mummy,, mom,, bonda

wanita yang membawa kita ke mana-mana saja sewaktu kita mendiami rahimnya
tiada lelah, tiada pernah dia berkata letih mengusung kita ke sana ke mari

wanita yang tiada takut, terpaksa memberanikan diri bertarung dengan nyawanya untuk memberikan kita peluang merasai nikmat dunia ciptaan Illahi. 
Sungguh, terbias titik-titik air mata darinya saat menanggung kesakitan...
Allah,,,,,,,, sakit yang ini kami tak mampu bayar Ya Allah...

Wanita itu tersenyum, bahagia menyapa hatinya, Allah detikkan kegembiraan dalam jiwanya, terasa lengkap dirinya sebagai seorang wanita saat menatap wajah cahaya mata yang dicintainya sejak pertama kali dia tahu bahawa dia sedang mengandungkan insan yang bakal menjadi asetnya ke syurga.

Dia merawat, dia menjaga, dia mendidik kita dengan penuh kasih sayang. 
Nikmat kasih sayangnya adalah bukti cinta Allah swt pd hambanya. 
Tiada ternilai walau ditebus sang lautan samudera. 

Sehingga kini, tanggannya kasar dek kerana membesarkan kita, memasak, mengemas, membasuh.. 
wajahnya yg manis dulu kian ditelan usia,,, namun terlalu ayu, juga jelita dimata kita..
bait kata-katanya mampu menenangkan hati yg berduka lara,,
sentuhannya lembut, tiada terbanding bahkan dengan sutera..
hatinya yang tulus,, meninggalkan kasih kekal dalam jiwa.

wanita yang adalah tidak mungkin untuk kita katakan tidak padanya..
wanita yang seharusnya kita berikan setinggi kehormatan padanya,,
wanita yang selama ini tidak pernah putus mencintai kita.. 

“Ya Allah! Ampunilah aku, kedua ibubapaku dan kasihanilah keduanya sebagaimana mereka mengasihani aku sejak kecil.”

admin rindu kat ibu sgt2,, sampai termimpi2 balik rumah,, ter'reflect pulak roh ke rumah. =) 
teringat mase kecik2,, pecahkan pasu bunga ibu,, ibu dah lipat kain comel2 admin sepahkan balik,, admin pecahkan pinggan, smua benda nk pecahkan,, gaduh kat sekolah sampai ibu kene panggil dengan cikgu disiplin,, sorok kasut ibu,, ibu nak keluar, kalut dok cari kasut...
hehe.. tapi ibu tak pernah merajuk dgn admin.. ^_^ 
ibu still syg kita kan,, xkira lah apa pun yang kita buat.
jadi ,, jom jadi anak soleh, solehah... 
jadi anak penyejuk hati ibu,,
jadi anak yg taat..
hargai
sayangi
lindungi
doakan ibu kita selalu.. 

who should i give my love to, 
my respect,
and my honor to,
^_^.. my mother....... yeahhh  


admin dgn ibu,, sebijik dok.. =D like mom like daughter


 

tak da apa yg tinggal

"Arghhhhhhh.." 
segala barang yg tadi kemas tersusun di atas meja belajarnya dihumban ke bawah. Rona mata sudah merah, seolah-olah ada air mata yang akan terbias keluar. Apalagi rona wajahnya.

"Ahmad Fahmi Bin Muhammad..." 
Naqiu sedari tadi tercegat di depan pintu bilik sahabatnya. Sengaja dia perhatikan gerak geri sahabatnya itu, setelah sekian lama menahan amarah. Air mineral sejuk ditangannya sengaja dibawa, mana tahu sejuk juga hati sahabat.

Fahmi terduduk. Dia meraup wajahnya. "Astaghfirullahaladzim..." dia beristighfar berkali-kali. Wajahnya kelihatan tenang sedikit dari tadi. 
Naqiu mendekati sahabatnya. Air mineral sejuk diletakkan di atas meja.

Naqiu duduk bersila di tepi katil sahabatnya. Senyuman tak pernah lekang dari bibir. 
"Aku kenal kau Fahmi. Tak da siapa boleh nilai kau, kecuali Dia." 

"Dah kenapa kau sorang saja yang kenal aku? Letih dah aku dengan kehidupan. Tak ada apa yg tinggal untuk aku." Dia menuju ke katil. Lalu dia berbaring. Pandanganya tak lepas dari dinding putih kosong. Lenyapkan segala amarah kau Fahmi. Jangan bersahabat dengan syaitan.

"Kalau kau kata aku tak faham apa yang kau lalui sekarang. Memang betul aku tak faham. Sebab aku tak pernah lalui apa yang kau lalui. Tapi kalau kau kata kau tak ada apa-apa, kau salah. Kau ada Allah, kau ada Rasulullah." 
Suara Naqiu mendatar tidak langsung berubah ton. 

Fahmi bangun, lutut dirapatkan ke dada, dia tunduk, air mata yang ditahan selama ini mengalir jua. Naqiu bangkit, duduk disebelah sahabatnya. Bahu yang sedang memikul beban yang berat itu diusap lembut. 

"Jom solat. Allah tengah tunggu kita. Especially kau." Makin lebar senyuman Naqiu pada sahabatnya. 



Perjuangan yang kau lalui ini sahabat,, ada kalanya sehingga hanya tinggal Allah dan Rasul untukmu..

medic =)

"Kalau laa semua manusia dalam dunia ni dikurniakan ilmu dan kepakaran dalam bidang medic mesti lagi banyak nyawa boleh diselamatkan.." Fahmi termenung-menung, melurutkan sedikit kaca matanya kembali melihat menelaah kesan alkohol pada sistem saraf. Curious. 

"Dah tu siapa nak bina hospital..??,, alamat kau treat patient kat bawah pohon pisang saja lah, itu pun kalau kau berjaya cari pohon pisang yang segar." Naqiu tersengih-sengih pula menelaah muslim show comic, macam ni pun boleh. Sarcastisme detected. 

"Iya juga." setuju. Keupayaan manusia yang Allah swt beri ni memang unik. Hebat aturannya. 

"Makin lama stay dalam bidang professional, makin malu dengan Allah." Naqiu menutup lappy. Dia bersila menghadap roomate yang dikasihi. 

"Kau rasa macam tu? Aku dah tak tau nak letak muka kat mana dah ni. Macam-macam benda kita buat dulu, aku tak tahu macam mana nak bayar balik semua tu?"  Fahmi merenung ke luar jendela.

"Sekarang kau nampak hikmah kenapa kita dalam bidang ni?" Naqiu juga melempar pandangan ke arah sama. Sekali sekala langsir putih itu terbuai ditiup angin lembut. 

"Nampak. Nanti kau design hospital elok-elok noh. Depa kata, kalau aku buat silap, satu nyawa hilang. Kalau kau silap, banyak nyawa tergadai." dia menepuk-nepuk bahu sahabatnya. Dulu dia memandang remeh kepada bidang arkitek, baru tahu ada sahabat tak tidur malam siapkan design itu dan ini. 

"Kau ni. Bikin hati ni tak tenteram pulak. Nak pi study la macam ni." Naqiu bingkas dari duduknya. Dia melangkah ke meja study. 

"Laaa pulak. Okay." Fahmi tersenyum sendiri.

"Fahmi, aku sayang kau kerana Allah." tiba-tiba Naqiu bersuara, fokus matanya tidak beralih langsung dari kerja. 

"Aku pun. Ni kenapa ni?" kening berkerut, senyum tak lekang. 

"White Coffee kawwww satuuuu." tangan dilambai sedikit seolah-olah berada di kedai kopi. 

"Kenapa aku pulak?" Fahmi menggeleng.

"Kau ingat kita kat Malaysia? Kalau kat rumah sendiri bolehlaa mintak tolong ibu buatkan. Kalau kat sini, kau laa. Pleaseee.." Naqiu melempar bebola kertas yang dikepal-kepal sedari tadi ke arah Fahmi.

"Ehh main kasar. Buat la white coffee kau sendiri."

"Laaaaa jangan la merajuk bro, buruk bha begitu. Kopi kopi kopi." Naqiu tersenyum-senyum.

"Dah diammm. Study, jangan bising." Fahmi bingkas. 

"Kau nak gi mana?" Pelik. 

"Gi buat white coffee." Fahmi sedikit berteriak. Langkahnya tak berhenti menuju ke dapur.

"Yahooooo..... " Naqiu ketawa besar. Dia menyambung tugasannya.   




upah dunia? =)


"Adik, tolong angah format lappy boleh?" 

"Bak mai sini lappy tu. Dua puluh ringgit tau." Solehah ketawa kecil. Bila lagi boleh charge. Peluang jana kewangan.

"Erk.. dengan kakak sendiri pun berkira. Bertuah betul budak kecik ni." Lengan Solehah menjadi mangsa cubitan. Angah duduk bersila berhadapan dengan adik kesanyangan.

"Aduhhh.. tangan ketam batu betul la angah ni." Solehah mengadu kesakitan. 

"Adikkkk.." Perlahan nada suara itu, tapi panjang lima harakat.

"Iye along." bebola mata tak beralih, masih di skrin.

"Ikhlas la sikit bila tolong orang tu." Along duduk di sebelah angah. Mimik serious sedikit. Angah menahan tawa, adik nak kene brainwash la ni dengan along. 

"Iye. Ikhlas ni. Tengok ni adik senyum lebar, menambahkan keikhlasan." sudi tak sudi saja.

"Bukan dimulut saja. Tuuu, dalam hati tu." Along menongkat dagu. 

"Kalau tak boleh jugak nak ikhlaskan diri?" dia menyoal dangkal.

"Paksa sikit. Allah dok usha je kerja kita atas dunia ni. Insentif duit kita nampak, dosa pahala invisible. Wujud ok. Nah amik ni." bengkusan plastik dihulur.

"Waaaa kisses, thanks along." perlahan-lahan dia membuka bungkusan coklat, lalu disuap coklat itu ke mulut kakak-kakaknya. Sweet sangat ni rasanya. 

"Kalau sekali kita buat baik, dapat satu tiket ke syurga. Collect 365 tickets per annum kita dapat kuota ke syurga." Solehah tersenyum. 

"Tapi tak semudah itu kan." angah tersenyum. Kinda good spontaneous conversation for today. Kalau duduk dengan along tak ilmiah tak sah.



Admin tak da kakak dan boleh habiskan sebungkus kisses less than 20 min. =D

for free

"Kalau encik membuat pembelian lebih dari seratus ringgit, encik akan dapat voucher membeli belah sebanyak dua puluh ringgit secara percuma." 
muka mat salesman berseri-seri dek embun pagi.

"Betul ke ni?" wajah lelaki berkaca mata hipster bingkai putih itu berkerut-kerut. 

"Betul encik." mat salesman meyakinkan lelaki itu. 

"Baiklah kalau begitu saya tambahkan barang belian saya sehingga cukup seratus ringgit." beg dompet dikeluarkan, dua not lima puluh ringgit dikeluarkan.

"Terima kasih encik, sila datang lagi." mat salesman itu melambai-lambai.

---
"Apa tu ayah?" 

"Voucher beli belah percuma." lelaki itu menghulurkan voucher itu pada anak perempuannya. 

"Laaa, luput tarikhnya. Sudah tak valid lagi ni."  Laila tersenyum. "Kenapa ayah tak tebus awal-awal? rugi saja." 

"Ayah malas nk ke pasaraya itu, jauh." remote controller ditekan. 

"Nak tebus voucher percuma juga perlu usaha kan ayah, kalau malas-malas melepas." Laila ketawa. 

"Ok fine Laila, buatkan ayah kopi." tak pasal-pasal kene pangkat malas.Tiba-tiba rasa rugi pula habiskan RM100 dengan menambah barang-barang tak berfaedah. -_-

p/s admin utk diri sendiri juga : tak mau malas2 baca Al-Quran... =) 

 

tak kisah sentap

"Cik Tom ,,jom pi beli barang sat."
"Nanti sat." 

"Tolong aqu jap.."
"Nanti jap.."

"Jom iftar.."
"Hang pi dulu noh.."

"Jom pi surau.."
"Kejap-kejap.."

"Asal aqu jom jaa,, hang dok nanti sat, kejap, hang pi dulu.
Hang pasai pa? Hang bertuah betoi." Letih Cik Teh..

"Nak buat lagu mana asal hang jom ja,, aqu tgh bt kerja. Aku tengah study la, aqu tgh melukis la, aqu tengah repair jam tangan aku la, aqu dok karang novel, aqu dok tengok cerita hantu la. Macam-macam la. Aqu kan multi-tasking konon." lagi panjang dia bebel kalah Cik Teh.. =D

"Asal boleh hang cakap 'nanti sat noh' bila malaikat maut dtg nak cabut nyawa hang .." Cik Teh dah betul-betul letih. Lepak atas sofa, makan goreng pisang.

"Macam la aqu berani nak jawab mcm tu. Hang dok lepak apa lagi Cik Teh, jom pi surau, dah azan dah tu.." Ligat pula tangannya mencapai telekung putih yg tersangkut kemas di tepi katil. 

"Hang sentap ka?" Cik Teh sengih kerang wangi.

"Gila tak sentap. Thanks noh.."


untung Cik Teh ada kawan brutal xkisah nk tegur mcm mana pun xpa.
untung Cik Tom ada kawan yg dok peringat apa dia dok buat. 


admin ad kwn mcm Cik Teh,, sentap admin =D

sadis ayat dia. =)

"Jemput datang tau wonderfull weekend kat masjid kampus pekan hujung minggu ni.." ukhti tu senyum penuh harapan. ^_^

Aku diam tak terkata. Dalam hati berbunga-bunga menyebut 
'Ahad ada test + Isnin 2 test + Selasa test + Rabu test + khamis submit project ... bla bla bla'

Barangkali ukhti itu melihat perkiraan aku dalam otak macam dah nak terkeluar agaknya. Spontan beliau berkata 
"Tudia dok pikiaq pasai test bagai, Isnin ni akak present PSM. korang hado?" 
sadis betul, macam tau ja kami dok fikir apa. =D

hahaha. 
Sampai jugak kami di majid Pekan yg comel itu pd Sabtu dan Ahad lalu. =)
Alhamdulillah.. 
Kawan dok cerita tentang keberkatan masa. Aku mampu senyum saja..


Say whatttt??  ...Alhamdulillah ^_^ thank u Allah for everything that u give to us.. 

mesti boleh dapat.. ^_^

"Bro, hari ini hang usaha. Esok hang mesti dapat.
Kalau tak dapat kat dunia, tak pa. Nanti kat akhirat hang tunggu. Allah swt tu tengok hati hang semangat nak usaha.."
Brader tu senyum kambing, pergi begitu sahaja. Ada kerja katanya.



Tapi kalau hari ni hang dok termenung lagi, sedangkan banyak perkara menanti. Hal esok tak boleh nak janji apa-apa. 

perghhh nak lawan kemalasan ni bukan mudah. 
WE stand like a warrior to against it.. 
seriously. 
i wont lie.. =D

dulu kalau rajin study sikit, abah belanja ais krim. =D la ni, belanja diri sendiri.. 

bukan senang

pagi yg indah, Alhamdulillah.. 
dengar roomate said "subhanallah" lepas dia buka dedaun tingkap.
refreshing katanya.. 


hari ni, ramai Seniora2 akan menghadapi hari presentation yg paling dasyat di alam universiti. Apa lagi kalau bukan PSM a.k.a Projek Sarjana Muda.
setelah berbulan-bulan bersengkang mata menyiapkan projek ini sedangkan rasa tercabar bila melihat roomate2 juniora sedap lena dibuai mimpi indah. haaa
tercabar, tergugat iman. 

aku pula sering nasihatkan mereka supaya bersabar, tenang dan focus.
dek kerana aku melihat mereka acap kali pening-pening lalat.
ada juga yg kata "nanti shikin hadap PSM ni baru paham erti pengorbanan yg sebenar.."
tudia ayat.
iya juga, semester depan giliran aku pula.

mesti ada juga juniora yang akan menegur sikap kelam kabut aqu.
hidup ni ibarat roda.
mmg betul pun.. 

sama2 doakan sahabat. Moga Allah swt permudahkan segalanya utk mereka. 
juling2 mata panel,, kasi diorang full mark terus. hehe ^_^
all the best haaaa.. (Y) 

   org sebelah -->roomate pagi2 kerja dia tolong bukak tingkap

sebelum tempuh kehidupan sebenar

=) 



sekali sekala  telefon berdering 
"Hello,, ye saya.. owhh....... bla bla bla.."

sekali sekala sms menerpa ruangan skrin
"Owhh senang saje begini begitu,,, bla bla bla..."

saya bahagia menjawab semua. 
situasi yang sama seperti saya dua tahun dulu tak tahu arah tuju.
kadang-kadang melulu bertanya tanpa melihat dahulu apa yang perlu diperhati, 
mesti yang menjawab juga sakit hati. 
hehehe sori

universiti atau institut pengajian tinggi di kaca mata saya yang tidak berkaca memerhati bukanlah permulaan pada kehidupan tetapi pra-kehidupan. 
Bersiap siaga dengan segala senjata berjuta, 
peluru-peluru bakal menembusi setiap tembok walaupun gamma ray 
dan segala kereta kebal untuk kegunaan selepas bergraduasi nanti.

Kehidupan sebenar diluar sana, 
yang penting sekarang bina kekuatan, 
buat sebanyak mana kesilapan 
supaya diluar nanti tidak akan ada yang terpempan dengan keadaan.

selamat belajar pada diri sendiri yang inshaa Allah bakal grad dua tahun lagi..
belum apa2 sudah termimpi-mimpi..
doa dahulu itu pasti .... ^_^


Manusia Biasa,,, Biasa-biasa saja kebiasaannya.




Termenung 4-5 minit, teringat pula pada sesuatu.
di mana,  ada sesekali sesekala saya sendiri dengan selamba memberikan nasihat kepada rakan-rakan seperjuangan. Bunyinya begini : 

"Study tuuu study juga kawan2,, jangan lupa solat diawal waktu. Jaga masa, jangan bazirkan waktu2 yg kita ada,, waktu lapang juga adalah sebahagian dari nikmat Allah...."

begitu lah bunyinya nasihat saya. ^_^ sekaligus, sebenarnya saya mahu ingatkan diri sendiri juga.. namun setelah berminggu-minggu berlalu,, tiada juga perubahan dalam diri ini. (-_-) .... masih ada lagi waktu2 solat yg sengaja saya lengah-lengahkan dek kerana assignment lah,, project lah,, ini lah,, itu lahhh... 1001 alasan.. bahkan menyejukkan hati sendiri dengan bermonolog dalaman :

"tak pe, Allah paham."     (-_-)

saya juga terfikir, apa bezanya saya dengan pak cik-pak cik yang merokok diluar sana 
yg sering kali menasihatkan anak2 mereka supaya tidak merokok sedangkan mereka perokok tegar. 
apa bezanya saya dgn mat-mat ganja diluar sana yg hari2 berpesan pada anak muda,, bahawa ganja itu akan membawa padah,, namun mereka masih tidak berubah...
--->dan saya pula menasihatkan rakan2 saya perihal masa,, sedang saya masih saja tidak menjaga masa.. 


Demi Masa ,,,, dia tak tunggu kita,, kita yg kene berlari dan terus kejar ^_^ --- selamat mengejar 


tak boleh jadi macam niiiii....

perubahan perlu dilakukan, untuk itu saya memerlukan sokongan dari rakan-rakan. 
ingatkan saya bila saya terlupa atau lalai dalam megerjakan perintahNya,, menyahut seruan cintaNya. 

saya berpegang pada prinsip ini ----> org yg palingggg pelik dalam ini dunia, adalah org yang cakap tak serupa bikin...

mesti tak mahu jadi mcm tu kannn ^_^

"Mengapa kamu meyuruh org lain mengerjakan kebajikan, sedang kamu melupakan dirimu sendiri...." [Al-Baqarah:44]

"Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan..." [As- Shaff : 2-3]

Selamat berubah,, aja aja,, fighting... (^____^)V

cepat cepat vs lambat lambat =)

apa yang cepat-cepat???
apa yang lambat-lambat??
hehehe... entah tak tahu.. ^_^

cerita kura-kura vs arnab-arnab kah??


owhh tidak sama sekali... entry ini tiada kene mengena dengan kura-kura dan arnab diluar sana samada yg masih hidup ataupun yg telah pergi.. hehe =)

1.perubahan-->ke arah kebaikan-->cepat2????
2.perubahan-->ke arah kebaikan-->lambat2???

 yeahhhh nak cerita pasal perubahan ke arah kebaikan... ^_^
ada sahabat, takut untuk berhijrah sedang hati dia sangat mengiginkannya,, 
risau takut-takut nanti dijadikan issue atau pun menjadi buah mulut.. owhhh,, sahabat2 ku itu  masalah itu tiadalah merumitkan... inisiatif untuk menutup telinga adalah sangat diperlukan di sini..
Once we know, everything that we do is right,, so why we still keep on listening to what people said..???
kitakan dah besar,, tahu apa yang kita buat betul.. ^_^  [but please make sure apa yg kita buat tu betul-betul betul ok]... hehe

perubahan ke arah kebaikan,,, pada saya perlu dilakukan secara cepat-cepat ataupun kata lain secara sekelip mata bila kita tahu perkara yg yg kita lakukan itu akan menambah kemungkaran kita,,, atau mmg kita sure Allah tak suka.. 
contoh : 
1. kita selalu suka bergossip + mengumpat.. tiba2 kita sedar lalu kita beristighfar,,, dan terus berhenti,, ambil tindakan untuk berdiam diri... ini tindakan on the spot.. =)
2. seorang lelaki atau pun perempuan Islam selalu mengambil arak,, yang jelas diketahui sangat dibenci Allah akan perbuatan itu,, saat mereka sedar dengan izinNya... maka hendaklah terus mereka berhenti dari meneruskan melakukan perkara itu dan lantas bertaubat dan kembali kepada Allah... maka itu yang terbaik ^_^

perubahan lambat-lambat.. ada hijrah yang dilakukan secara perlahan-lahan adakala ianya relevant untuk menyesuaikan diri atau sambil mencari alternatif lain supaya lebih istiqomah.. ^_^
contoh :
1. seorang lelaki atau perempuan Islam,, mangamalkan ibadah dengan baik,, dan mahu meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah supaya mnjadi insan yang lebih baik.. ^_^
mereka mulakan usaha mereka perlahan-lahan... ^_^ mungkin sebelum ini mereka kurang bersedekah mula bersedekah secara konsisten dengan jumlah sekadar kemampuan.. ^_^

indahnya menyusuri kejalan Allah,,
luasnya pintu taubat itu dibuka 24 jam sehari ,, 7 hari seminggu.. ^_^

moga kita sentiasa dilindungi olehNya..  dikurniakan ketenangan hati dan jiwa.. =)
cinta kepada Allah itu sungguh agung... dan cinta Allah kepada hambaNya itu sungguh hebat <3

cepat-cepat atau lambat-lambat itu tidak menjadi masalah... ^_^ kita pilihlah yang terbaik.... chaiyoookkk.....
setiap hari kita belajar,,, setiap hari kita tahu,, setiap hari kita mula beramal dengan ilmu,,moga setiap hari bertambah cinta kita pada Allah dan rindu utk bertemu denganNya.. ^_^
cewaaahh kekasih hati.. <3

..."Allah menjanjikan kpd org2 yg beriman n beramal soleh,,, mereka akan beroleh keampunan dan pahala yg besar... " [Al-Maaidah 05:09]


siapa kita???


Arghhhhhhhhhhhh...
siapa saya?.... siapa saya sebenarnyaa ni???

kenal kah anda dgn diri sendiri?

tak tahu kenapa dan bagaimana selalunya orang disekeliling kita lebih mengenali kita.. ^_^
jeng jeng jeng,,,, ini bermakna mereka peduli, sedar dan memerhatikan kehadiran kita...
terasa wujud di dunia.. hehe

setiap tindak tanduk kita sering kali dinilai oleh orang lain..=)
itu tidak jadi masalah..
jadi diri sendiri..,, penilaian mereka ada kala penting juga utk diambil peduli,, 
teguran2 membina.. boleh lah repair sikap kita mana yg patut..
kerana personaliti itu seharusnya dijaga,, ia mendatangkan perspective.. 

"ahhhhhhh,, peduli apa orang lain cakap.."
iyee saya setuju itu....
saya ambil cakap2 org yg boleh diterima pakai.. bukan semuanya ditolak.. =)

selagi mana kita tahu niat kita,, kita tahu apa yg kita lakukan itu benar,, lakukan lah... ^_^
kadang-kadang,, sekali-sekala,, kita terpaksa tutup telinga...
Malaysia bolehh!!

siapa kita di mata manusia itu tidak lah penting,,,
siapa kita di mata Allah?... itu harus dipersoalkan kpd diri sendiri setiap hari..
-->Muhasabah sama-sama...

                                                                   beware!!!!!!!!! 

"...Segala puji bagi Allah,,, Tuhan yang mentadbir sekelian alam.." 
[Al-Fatihah 01 : 02]

^_^...

simpulan Iman ^_^

Akidah... =)




akidah tu apa?.. sejauh mana saya aware tentang akidah,,,? 

insan daif yang bernama Ashikin Binti Jamin ini tiada lah tahu,,, walaupun sudah berkali-kali diterangkan dalam pnp Pendidikan Islam sewaktu dibangku sekolah dahulu... namun masih tidak faham juga,, sudahlah tak faham,, buat tak tahu pulak..
malunyaaa dengan diri sendiri,,, malu lagi dengan Allah..

sehingga suatu hari dalam bulatan gembira,,,,  naqibah menerangkan pada saya tentang akidah dengan pendekatan yang lemah lembut.. Jazakallahu khair.. =)

dari segi bahasa : akidah bermaksud -
                             simpulan iman ^_^ ,, pegangan kuat / keyakinan yg menjadi pegangan kuat.

dari segi istilah : kepercayaan yg pasti,,, tiada keraguan / syak.

Akidah Islam :   
kepercayaan & keyakinan terhadap Allah SWT serta beriman dgn nama-namaNya   dgn segala sifat-sifatNya juga percaya kepada 6 rukun Iman. 
---> akidah Islam adalah keimanan dan keyakinan terhadap Allah & RasulNya serta apa yg dibawa oleh Rasul &dilaksanakan dlm kehidupan...

Akidah membicarakan tentang keyakinan kpd Allah & sifat-sifatNya. Setiap umat Islam wajib mengetahui dan mendalami ilmu akidah supaya tidak berlaku sebarang penyelewengan akidah,,, atau melakukan perkara2 yg bertentangan dgn akidah...

sumber utama Akidah Islam :
-->Al-Quran
-->As Sunnah 

"..... Wahai sekalian manusia!! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yg telah menciptakan kamu dan org2 terdahulu daripada kamu supaya kamu (menjadi org2 yg) bertaqwa..." 
[Al-Baqarah 02 : 21]



Alahaiiiii cinta =D



Aku melihat
aku memandang,,
indahnya akan ku gapai,,
nikmatnya akan ku rasai,,
mulanya pasti di sini...

aku dengar mereka berlagu riang
cerita puisi dalam dondang
hatinya jadi senang
geraknya tangkas tepat seperti ku bayang..
takkan pernah goyang...

kasihnya mereka pada sesuatu,,
sayang aku juga begitu,,
mudah benar jiwa merindu,,
ya,, hati kami satu..

kini aku dalam mereka,,,
kini mereka dalam aku,,
tari kami menyusun gerak,,
gerak kami mengatur tingkah,,
semangat tak mungkin patah..





fighting .. hehhee


terjumpa quotes ni... menarik.. 
terus jadi desktop backgroud di lappy saya.. ^_^

fighting!!!!.. kungfu fighting.. 6 paper final menanti dengan kecelaruan minda..
ini bermakna dihujun bulan ini 6 test 1 menunggu kehadiran saya..
adehhh ^_^
boleh bha kalau aqu.. hehhee

                                                           Chaiyoookkk !!!!!!!!

"... Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.."
[Al-Baqarah 02: 286]

tenang,,, chill ,, cool.. Malaysia Boleh!!

masa tidak menunggu,, malah kita perlu mengejar.. ^_^

                                                      Budak Getah a.k.a one piece 

                                                                    kenjutsu ^_^

                                                                         Dragon army

perkara yang paling tidak digalakkan untuk dilakukan dalam kehidupan seharian adalah "Membuang Masa"....
paling kurang pun,, termenung... merenung masa depan... ^_^
jangan tak buat apa-apa... rugi nanti.. ^_^

"..Demi masa,,,, sesungguhnya manusia itu kerugian
,,,Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh 
,,dan mereka pula berpesan-pesan2 dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.."
[Surah Al-'Asr]

^_^ kalau hati dah suka

adalah dengan ini betul-betul 1st entry blog ini..^_^...

berkongsi minat dalam satu perkara yang sangat awesome bersama sahabat2 yang lain =)
Menuntut ilmu.. pastinya kita mencari yang bakal memberi kita manfaat sepanjang hayat..
Isi masa lapang dengan perkara berfaedah lagi menguntungkan diri sendiri,, itu yang saya cari. 
Silat ^_^

                                                                  terengganu 2012                                                  

"Silat" ....
satu perkataan yang sangat asing pada saya satu ketika dahulu,, tapi kini hampir setiap hari perkataan ini keluar dari bibir... sungguh istimewa di mata juga di jiwa..
Gelanggang Naga Rantau, UMP.. Di sini lah segalanya bermula.

Kali pertama menjejakkan kaki ke gelanggang pada 13th September 2011..
Suasana sungguh unik pada pandangan. namun dapat saya rasakan betapa gah dan gagahnya panglima dan srikandi yang berdiri di situ kala berdiri dalam bulatan untuk memulakan latihan dengan membuka gelanggang.
Siapa tak gentar? situasi blok W Ump,,, hanya diterangi lampu bulat bercahaya kuning. Di tambah mereka berpakaian hitam, berdiri dalam bulatan, wajah serius. 
Kecut perut.
Makin hari makin biasa, Makin hari makin Cinta.. wahhh cenggitu pulak.


-->baru nak explore

Assalamualaikum...
nama : ashikin
umur :2o tahun 3 bulan 19 hari



Hasil pembacaan blog orang lain yg comel lagi menarik,,, 
tertarik hati dan perasaan pulak nak berblogging..
^_^ Malaysia bolehh!!
selamat datang utk diri sendiri.. hehe