upah dunia? =)


"Adik, tolong angah format lappy boleh?" 

"Bak mai sini lappy tu. Dua puluh ringgit tau." Solehah ketawa kecil. Bila lagi boleh charge. Peluang jana kewangan.

"Erk.. dengan kakak sendiri pun berkira. Bertuah betul budak kecik ni." Lengan Solehah menjadi mangsa cubitan. Angah duduk bersila berhadapan dengan adik kesanyangan.

"Aduhhh.. tangan ketam batu betul la angah ni." Solehah mengadu kesakitan. 

"Adikkkk.." Perlahan nada suara itu, tapi panjang lima harakat.

"Iye along." bebola mata tak beralih, masih di skrin.

"Ikhlas la sikit bila tolong orang tu." Along duduk di sebelah angah. Mimik serious sedikit. Angah menahan tawa, adik nak kene brainwash la ni dengan along. 

"Iye. Ikhlas ni. Tengok ni adik senyum lebar, menambahkan keikhlasan." sudi tak sudi saja.

"Bukan dimulut saja. Tuuu, dalam hati tu." Along menongkat dagu. 

"Kalau tak boleh jugak nak ikhlaskan diri?" dia menyoal dangkal.

"Paksa sikit. Allah dok usha je kerja kita atas dunia ni. Insentif duit kita nampak, dosa pahala invisible. Wujud ok. Nah amik ni." bengkusan plastik dihulur.

"Waaaa kisses, thanks along." perlahan-lahan dia membuka bungkusan coklat, lalu disuap coklat itu ke mulut kakak-kakaknya. Sweet sangat ni rasanya. 

"Kalau sekali kita buat baik, dapat satu tiket ke syurga. Collect 365 tickets per annum kita dapat kuota ke syurga." Solehah tersenyum. 

"Tapi tak semudah itu kan." angah tersenyum. Kinda good spontaneous conversation for today. Kalau duduk dengan along tak ilmiah tak sah.



Admin tak da kakak dan boleh habiskan sebungkus kisses less than 20 min. =D

for free

"Kalau encik membuat pembelian lebih dari seratus ringgit, encik akan dapat voucher membeli belah sebanyak dua puluh ringgit secara percuma." 
muka mat salesman berseri-seri dek embun pagi.

"Betul ke ni?" wajah lelaki berkaca mata hipster bingkai putih itu berkerut-kerut. 

"Betul encik." mat salesman meyakinkan lelaki itu. 

"Baiklah kalau begitu saya tambahkan barang belian saya sehingga cukup seratus ringgit." beg dompet dikeluarkan, dua not lima puluh ringgit dikeluarkan.

"Terima kasih encik, sila datang lagi." mat salesman itu melambai-lambai.

---
"Apa tu ayah?" 

"Voucher beli belah percuma." lelaki itu menghulurkan voucher itu pada anak perempuannya. 

"Laaa, luput tarikhnya. Sudah tak valid lagi ni."  Laila tersenyum. "Kenapa ayah tak tebus awal-awal? rugi saja." 

"Ayah malas nk ke pasaraya itu, jauh." remote controller ditekan. 

"Nak tebus voucher percuma juga perlu usaha kan ayah, kalau malas-malas melepas." Laila ketawa. 

"Ok fine Laila, buatkan ayah kopi." tak pasal-pasal kene pangkat malas.Tiba-tiba rasa rugi pula habiskan RM100 dengan menambah barang-barang tak berfaedah. -_-

p/s admin utk diri sendiri juga : tak mau malas2 baca Al-Quran... =)