Beterbangan jiwa..=)

Selalu-selalunya dulu aku tersenyum dengan kepala senget sebelah tatkala senior-senior berusaha tahap maksima untuk menyiapkan projek sarjana muda mereka atau ringkasnya PSM.

Kini, giliran aku pula, senget-senget kepala menyelesaikan PSM aku sendiri. 
Ah, benarlah tak semudah mana. 
Padanlah senget-senget kepala aku menelaah segala informasi yang ada.
Mujur teknologi canggih, era dunia dihujung jari.
Yang paling letih bekerja adalah jari-jemari aku, juga mata aku, juga otak ku yang bekerja 24/7 berfikir itu dan ini. 

Ada-ada saja yang Allah berikan pada aku untuk melompat-lompat di atas lubang-lubang bahaya tanpa tergelincir ke dalamnya,,
Ada-ada saja kadang-kadang Allah buka pintu sana-sini untuk hambaNya ini keluar sana dan sini melangkah pergi meninggalkan kekalutan itu dan ini. 

Aku pun tak tahu apa yang aku tulis sekarang ni.
Seperti ada yang tak kena saja baris-baris ayat yang aku tuliskan.
Entah tak tergambar, dek kerana aku tak biasa bercerita itu dan ini pada sesiapa kecuali keluarga ku. 
Ahh, ini yang paling aku pantang kehidupan di asrama, tak dapat tatap muka mama papa abang depan mata.
Anak manja? tak lah. Biasa saja. Cuma Allah swt menjadikan aku sangat rapat dengan mereka. Aku bersyukur. ^_^ 
Kerana ada juga Allah kurniakan insan-insan istimewa itu yang bisa ubatkan hati yang lara atau otak ku yang berserabut bak wayar elektrik yang bersimpul-simpul tak kira masa.
Anak manja? taklah
buktinya semesti ni aku jarang sekali minta duit poket dengan mama.

Aku perlu berhenti mengarut dan sambung kerjaan aku. Selamat Malam Malaysia. 

Malam-malam begini aku rindu usrah pula. =D apa-apa saja. 
Ada apa dengan Usrah?? nak tahu? jemput join lahh.. ^_^


Mengidam jacket ni, sedang kumpul duit.. =D anak manja mama papa juga seorang yang independent.