Aku yg tulis,, tapi aku pun mungkin tak mampu kuat begini..



Aku Seorang Pemimpin.

Ahhh aku mana pernah peduli dengan apa jadi pada orang lain. Bahkan pada diri sendiri pun aku tak pernah kisah. Aku pegang prinsip orang zaman purbakala, ‘go with the flow’. Walaupun kadang-kadang prinsip tu tak boleh pakai langsung. Hidup aku dilalui seperti orang biasa-biasa. Bangun pagi-pagi attend kuliah, tak ponteng cuma otak ni saja melanyang-layang entah ke mana. Ada kala, berjiwa-jiwa juga aku nk ke kuliah. Ahh sudah tiga tahun di universiti, apa yang aku belajar? Aku sendiri pun lost. Orang ke kuliah, aku ke kuliah. Orang cuti, aku pun cuti. Yang aku tahu, aku wujudkan diri aku ke uni ini hanya untuk memenuhi hasrat parent aku.

Aku punya sahabat baik, Grace. Gadis kacukkan cina-siam. Manis sekali orangnya. Jiwa kami sama. Memang masuk lah. Di samping Fatimah, sahabat aku dari umur 8 tahun. Tahun ni saja friendship anniversary kami yang ke 14 tahun. Grace belikan aku tiket Steve Vai live in performance. Whatttt? Aku lupakan janji aku untuk pulang ke kampung  hari itu. Balik kampung boleh hold on dulu. Tapi Steve Vai bro?? Mana mau cari? Rare kot. Walaupun dibebel berjuta sentences oleh Fatimah, aku peduli apa. Minggu depan saja lah aku pulang. Demi Steve Vai yang selalu temankan aku study dengan petikan guitarnya yang mempersona, aku relakan jiwa. 

Segala kerja aku settlekan sebelum berjimba dengan live in performance Steve Vai. Ahhh kan  sudah aku bilang kawan, ku relakan jiwa. Perjalanan ke Kuala Lumpur indah sekali ditemani muzik-muzik bingit era teknologi serba touchscreen. Sesekali aku memilih untuk berhenti berehat untuk mengerjalan solat fardhu. Biarpun gang lain slumber tinggalkan solat, aku biarkan saja. Ahh mereka memang begitu. Biarkan saja, aku malas nak ambil pot kalau bab ibadah orang lain. Hal dia orang dengan Tuhan, aku tak boleh suka-suka mau masuk campur. Nanti dikatakan jaga tepi kain orang. Aku bukan jenis macam tu kot.

Asyik sekali dengan Steve Vai. Ahhh dunia ini ibarat berhenti berputar. Seketika aku merenung telefon bimbitku. Haaaa 46 miscall. 39 daripada Pak Long lagi 7 daripada Fatimah. Apa lanc pak Long tak pernah-pernah ambil tahu hal aku, tiba-tiba penuh miscall. Aku keluar dari bingitnya manusia yang gila dengan Steve Vai sama serupa aku. Tak sempat aku mendail semula Pak Long, Incoming Call-Fatimah. Berderau darah aku dengan perkhabaran Fatimah. Steve Vai tak mampu lagi menarik perhatian aku. 130km/jam. Aku memecut laju KL-Ipoh. Serabut. Ayah dan ibu dikhabarkan sedang nazak di hospital akibat kemalangan jalan raya. Namun aku berhenti jua di R&R sekitar Rawang untuk mengerjakan solat isyak. Aku berdoa panjang. Kali ini fikiran aku hanya pada ayah dan ibu. Usai aku melipat sejadah, disusun kembali ditempatnya, aku menerima panggilan telefon dari Pak Long buat ke sekian kalinya. Aku angkat tanpa banyk fikir. Sayu suara Pak Long. Pak Long menangis? Segarang-garang, setegas-tegas manusia bekas tentera navy paling bengis itu menangis? Hah? Runtun jiwa ku saat Pak Long menyatakan “Pak Long harap kamu bersabar ya Khadijah. Ibu dan ayah kami sudah dipanggil Illahi. Lekaslah pulang.” 

Inna Lillahi wa inna ilaihi raji’un. Di saat itu bukan sekadar runtun jiwa ku. Tapi aku sudah kehilangan jiwaku. Aku berkira-kira tentang salah aku di mana. Yaaa, sepatutnya aku bukan mereka. Dek kerana aku gilakan live in performance kononnya, aku kehilangan mereka.
Aku tatap satu persatu wajah yang telah pergi meninggalkan aku itu. Tenang sungguh raut wajah itu. Wajah yang selama ini memujuk aku kala duka nestapa. Tiada lagi kucupan dikening ini, tak ada lagi pelukan mereka yang menenangkan hati, tiada lagi leteran-leteran ayah disahut dengan bebelan ibu yang mengingatkan setiap inci tindak tandukku. Suara-suara yang aku rasa selama ini sangat annoying dek kerana asyik berkata perkara yang sama. Semua itu tiada lagi. Aku renung pula wajah adik-adikku. Angah dan Adik. Ahh masing-masing masih bersekolah. Timbul pula rasa kasihan pada mereka berdua. Selama ini pernah ke aku ambil berat tentang mereka? Aku sendiri kononnya sibuk menguruskan pelajaran aku.

Mulai hari itu, segala tanggungjawab melingkar dibahuku. Aku duduk saja di rumah menguruskan keperluan adik-adikku sehari-hari. Tidak sedikitpun aku ingat tentang pelajaranku yang terabai. Dunia ini aku rasa tidak adil untuk orang seperti aku. Rasanya seolah-olah mahu lari tinggalkan semuanya, tapi mana mungkin aku meninggalkan adik-adik aku. Mereka lebih memerlukan aku. Angah, sudah seminggu memujukku untuk kembali ke uni. Tapi tak ku endah bila memikirkan kehidupan mereka tanpa aku. Satu saja yang aku fikir, berhenti dari university dan bekerja. Itu saja yang terlintas. Tak ada yang lain. Masa depan adik-adikku jauh lebih penting dari segala yang aku punya. Namun keputusan itu tidak sedikitpun mereka setuju. Tiga minggu mereka memujuk. Fatimah juga pulang semata-mata untuk memujukku. Hati aku ini cair juga. 

‘Sungguh Allah tak akan menzalimi seseorang walaupun sebesar zarah… [04:40].’Dengan semangat baru. Setelah aku letakkan kepercayaan sepenuhnya pada Afiza dan Nadrah, aku tinggalkan mereka. Aku kembali ke uni dengan semangat baru. Ahhh kehidupan aku ini perlu diubah 360 darjah, satu kali pusingan berputar alam. Ajakkan rakan-rakan untuk berjimba bersama, aku tolak satu persatu. Sudah, kali ini kehidupan aku hanya untuk keluarga ku.

Kau tahu kawan, seperti yang aku jangkakan dari mulanya. Masalah kewangan. Ibu dan ayah tidaklah begitu kaya dan berharta orangnya. Aku memilih untuk bekerja sambilan di kedai membuat kek dan pastry. Aku memlilih untuk bekerja di sana sambil timba pengalaman. Mana tahu aku boleh jadi usahawan kek pula nanti. Tak pernah-pernah aku merangka jadual harianku, semenjak itu aku sudah punya daily and monthly planner. Drastic sungguh kawan. Aku tak mahu kesibukan bekerja end up dengan lupa hantar assignment. Mahu kena ligan dengan lecturer aku yang serupa ketua bala tentera bersekutu. Haha. Sorry sir.

Aku mengeluh pula dengan satu tanggungjawab. Pikul lah kau Khadijah, siapa suruh kau gatal-gatal attend annual grand meeting tu. President Persatuan Hal Ehwal Wanita. Nampak ringan saja. Tapi aku malas sungguh, klisse. Nasib baik Fatimah sedia membantu aku. Maklumlah, aku tak punya pengalaman yang luas sepertinya. Mungkin ini menyebabkan aku perlu lebih banyak belajar. Terima saja kawan. 

Aku hadir ke sebuah majlis ilmu. Rare memang rare. Haaa aku haruslah hadir. Mana tidaknya? Lecturer kesayangan aku yang memberi tazkirah. Mana mungkin aku tinggalkan. Aku bekerja, kehadiran aku agak lewat sedikit. Rugi saja. Tak apalah janji dapat jugak hadir. Better late than never guys. Fatimah buat muka pelik tambah terperanjat macam nampak hantu bila sedar kehadiran aku. Haha. Tak hairan. Sebab aku juga hairan, sebelum ni bila diajak ke majilis ilmu ada saja alasan aku mengelat. Aku pun tak tahu apesal aku semangat sangat kali ni. Mungkin jiwa ni dah kosong sejak dulu dan baru sekarang tergerak hati untuk mengisinya.

“Unbelievable”. Guess what?? Aku tak tidur pun masa tazkirah tu. Haha. Sentence yang paling aku ingat “Tanggungjawab yang dipukul sekarang akan dipersoal diakhirat..” Lebih kurang macam tu, aku tak ingat sentence penuhnya bagaimana. Gulp…… Telan air liur. Aku ni? Jaga adik-adik aku elok-elok tak? Jadi president Persatuan Hal Ehwal Wanita tu? Sekadar popular? Dan ada beberapa persoalan lain juga bermain dibenakku. Ahhh.. Fatimah, aku rasa kau kene tolong aku.
    
Fatimah memberi idea padaku untuk menjalankan Kempen Menutup Aurat. Memang kena lah dengan nama persatuan Hal Ehwal Wanita tu haha. Haa dengar saja tajuk kempen itu. Eeeiii kau tahu kawan, on the spot aku terus cari stoking yang aku ada dalam locker aku. Haha, macam mana nak jalankan kempen serupa itu kalau presidennya sendiri tak tutup aurat betul-betul. Ahh Fatimah memang pandai buat orang bertaubat. Haha. Dia tersengih-sengih saja saat aku terkocoh-kocoh mencari stoking. Haha. Dia hadiahkan aku stoking belang-belang ungu. Kau tahu kawan? Aku terharu sekali. Stoking itu comel pulak.

Dengan kuasa veto yang aku ada, aku minta semua ahli jawatan kuasa di bawahku untuk mula menutup aurat dengan sempurna dek kerana kempen akan berjalan tak lama lagi. Haha. Minggu ini saja macam-macam hadiah aku dapat dari sahabatku Fatimah. Tudung baru, baju muslimah, hand socks. Banyak pula duit dia. Aku terima dengan senang hati. Malah aku hargai dengan ucapan terima qaseh berjuta kali. Kata Fatimah “Ini rezeki berkat solat dhuha kau.” Haha. Suka sekali aku mendengarnya. Seperti yang aku jangka, ada saja ahli jawatankuasa menolak arahan aku. Atas alasan aku tak boleh paksa mereka berpakaian menutup aurat. Aku terima, mungkin kerana aku pun baru sahaja mempraktikkannya. Jenuh juga berbahas soal ini. Tapi, kau tahu kawan? Fatimah berjaya pujuk hati mereka. Ahhh hebat betul mantera si Fatimah ni. Aku perlu banyak belajar darinya.  “Pujuk dari hati ke hati.” Aku ketawa besar bila ayat itu keluar dari mulut Fatimah. Jiwang sungguh. Haha.

Seperti biasanya, hari-hari aku menelefon angah dan adik bertanyakan khabar mahupun keperluan yang mereka perlukan. Tetapi hari itu lain sedikit, adik dimasukkan ke wad. Aku bergegas pulang ke Ipoh. Aku merasakan seluruh Ipoh hari itu kelam, sunyi. Tak ada bulan yang menyinari malam. Adik disahkan menghidap leukemia. Aku dan angah bersandar di satu dinding kosong. “Kakak study macam biasa, SPM angah kan lagi dua hari nak habis. Biar angah je lah jaga adik.” Afiza menatap mata aku dalam-dalam. Adik-adik sumber kekuatanku. Bila begini, hatiku goyah sedikit. Mujur Afiza lebih kuat berbanding aku.

Tiada lain yang aku fikirkan melainkan mencari duit lebih untuk perubatan adikku. Afiza juga menggunakan kemahiran yang ada bekerja sambilan mengambil upah menjahit di rumah sambil menjaga Nadrah. Aku menambah kerjaan ku memandangkan hasil pendapatanku daripada kedai kek itu tidak memadai. Aku catu sedikit makan dan keperluanku. Pada malam hari aku bekerja part-time di salah sebuah restoren 24jam berdekatan dengan kampus. Aku semakin kerap pulang ke Ipoh untuk memantau kesihatan Nadrah dan menemaninya di saat dia punya appointment dengan apakar perubatan mahupun chemotherapy. Sakit yang ditanggungnya kadang-kadang aku juga tak mampu nak tatap. Air mata aku tahan saja. Tak mungkinlah aku menangis di hadapannya. Bahkan Nadrah perlukan kekuatan dari kami. 

Semester baru menjelang. Sedikit kecewa dengan keputusan peperiksaan semester 6, aku gagal pada satu subjek killer yang ditakuti ramai. Chemical Reaction Engineering 2, aku salah seorang mangsanya. Mahu tak mahu, aku terpaksa mengambil semula subjek tersebut. Terasa sedikit berat akademik aku semester ini. Apa boleh buat? Usaha saja. Afiza berkorban, dia menolak tawaran ke universiti kursus diploma Undang-undang idamannya demi Nadrah. Dengan rela hati dan senyuman dia hadiahkan padaku saat memilih untuk berada di tingkatan enam. Sedangkan satu ketika dulu Afiza seboleh-bolehnya tidak mahu ke tingkatan enam. Allah saja yang tahu betapa aku hargai pengorbanan angah. 

Fatimah selalu berpesan pada aku, supaya tidak meninggalkan kerja dakwah yang sudah menjadi kefardhuan individu. Setakat ini aku hanya mampu dek kerana aku president persatuan Hal Ehwal Wanita dikampus. Bulan depan aku sudah jadi mantan. Setakat itu sajakah usaha dakwah ku? Kusut juga ya. Khadijah kau tahu tak? kau ni beruntung. Mujur kau ada insan-insan baik disekeliling kau. Kalau tidak, mahu ke laut juga kau ni ha. Usrah juga kadang-kadang tak bergerak. Apa nak jadi ni??
Aku surrender, angkat bendera putih. Masa aku tak mencukupi. Fatimah membantuku untuk menampung usrah yang tertangguh sejak seminggu lalu. Aku pula memenuhi tuntunan akademik dengan lebih focus. Terlalu padat jadual minggu itu.

Cemasnya Afiza menelefonku petang itu. 130km/jam. Mungkin jauh lebih laju dari itu. Kondisi Nadrah semakin memburuk. “Nadrah, tunggu along.” Setitis air mata tumpah menyapa bumi. Setelah sekian lama air mata tersimpan, sejak pemergian kedua ibu ayah kesayangan, itulah kali terakhir aku menangis. Aku tiba tepat jam 4.45 petang di hospital besar Ipoh. Aku gagahi untuk menyimpan tangisan aku. Nadrah, adik bongsu aku. Terbaring layu di katil hospital. Kau tahu kawan? Dia tersenyum saat melihat wajahku. Aku tahu benar betapa peritnya kesakitan yang dia alami, jelas saja terpacar dirautnya yang lemah, namun masih saja mahu senyum. Dia mengajak aku solat asar berjemaah. Aku dan angah membantu Nadrah untuk bangkit dari pembaringannya. Katanya dia mahu temankan aku berbuka puasa. Ya, aku juga lupa aku berpuasa kala itu. Hari khamis, kami lazimi untuk berpuasa sunat. Maklumlah, ramadhan makin hampir, latih diri dulu supaya biasa. Di samping kutip pahala puasa sunat. “Akak, sorry adik tak puasa hari ni.” Perlahan suara Nadrah. Dia tersengih. Aku membalas dengan senyuman yang paling manis untuknya. “Teman akak berbuka lah ye nanti.” Aku katakan padanya sebelum kami mula solat asar berjemaah.  

Usai solat asar, aku meghulurkan tanganku pada angah. Angah tuduk dengan hormat mencium tanganku. Runtun lagi jiwa ku melihat Nadrah sudah terbaring layu dengan matanya terpejam rapat dan seyuman yang masih belum lekang. Nadrah tinggalkan kami, tercapai hasratnya untuk mengikut arwah ibu dan ayah. Saat itu aku meraup wajahnya. Rindu akan gelak tawanya. Gurauannya. Tangisannya, merengek mahukan itu dan ini dari ibu dan ayah. Allahu. Nadrah pergi saat aku mengumpul wang yang hanya tinggal lagi RM 5000 supaya pembedahan dapat dijalankan. Allah. Kakak macam apa aku ini? Menjaga adik seorang ini aku tak mampu? Apa lagi untuk menjaga ummah.

Mulai hari itu, hanya aku dan angah meneruskan langkah sendiri menghadapi dunia yang macam-macam tingkahnya. Aku dan angah giat dengan street dakwah bersama sahabat-sahabat lain yang kadang-kadang dipandang serupa orang pelik dan aneh oleh masyarakat kini. Angah aku lihat hebat sekali dengan hujah-hujahnya sang peguam, ke sana ke mari dengan memberi motivasi pada anak muda sekaligus mendekatkan jiwa anak muda dengan Islam as the way of life. Aku di sini sebagai graduat chemical engineering, yang baru sahaja meletakkan jawatan sebagai operation engineer yang sangat sibuk 24 jam haha. Dan  aku memilih bekerja sebagai penulis underground yang punya Library cafĂ© usaha kecil-kecilan dan tak mungkin aku tolak untuk bersama-sama sahabat mengembangkan syiar Islam dalam dunia canggih serba touchscreen.  

‘Jika Allah menolongmu, maka tak ada yang dapat mengalahkanmu. Tetapi jika Allah membiarkamu, maka siapa lagiyg dapat menolongmu setelah itu?? kerana itu hendaklah kepada Allah saja orang-orang mukmin bertwakal……’ [03:160]