tak tidur?? effect?

Minggu ini berlalu dengan penuh tragis. kahkah!
Kesabaran mahaiswa kejuruteraan kimia diuji dengan bermacam-macam tugasan. haha. Tak mengapa kami redha. 

Boleh kata sudah 4 hari aqu tak tidur malam. Sejak hari Isnin lepas. Aduhhhh..
Hari pertama aqu biasa-biasa saja, bertemankan sebotol air mineral. 
Malam kedua secawan neslo aqu perlukan.
Malam ke 3,  3 cawan neslo,
Malam ke-4, redbull satu tin...
Malam ke-5,, tak ada apa2.. Tapi tidur aqu tak nyenyak, ada saja yang mengnaggu fikiran ni, mungkin dek kerana bebanan kerja yang banyak. Ditambah meriah dengan test separation process petang ini jam 5.

Ni pertama kali dalam hidup aqu,, aqu baikan tidur. Mungkin ini balasan terhadap rehat aqu yang terlampau panjang. Mungkin juga. 
Kesannya, hidup aqu ceria, iyalahh,, kerja beransur-ansur siap.
Sakit kepala juga tiada, kesan dari aqu banyak sekali tersenyum.
Cuma satu :

lari fokus. Aqu tak tahu kenapa aqu tenung saja papan putih. Fokus terlebih?? Tak rasanya. Aqu rasa lari fokus, fikiran melayang-layang tertanya apakah malam ini aqu perlu stay up lagi?? haha..

Basically Allah masih sayang aqu, dapat catch-up semua yang Dr.Asma Fazli ajar dalam kelas process control. Alhamdulillah. 

source : google


Minggu study week
Minggu final exam 
Rasanya mampu stay up sampai 2.00pagi utk study.. ^_^..

dan ada beberapa azam utk dilaksanakan sepanjang study week ini.. Inshaa Allah..

 

duit belanja budak-budak


Tiba-tiba terimbau memoir 1998. ^_^ 6 tahun. Usia masih jagung. Namun di pesan mama supaya berjimat cermat bila di beri duit belanja untuk ke sekolah agama rakyat. Masa tu bukan selalu dapat duit belanja ke sekolah agama, kadang-kadang 2 hari sekali, kadang-kadang 3 hari sekali, atau seminggu sekali atau yang paling tragis sekali tak dapat duit belanja sekolah agama dekat 2-3 minggu. haha. 30 sen masa tu bisa beli sebungkus nasi lemak sambal ikan bilis ditambah 1/4 telur rebus. Ustazah yang buat. Baunya semerbak,, Aduhhhhh memecahkan selera anak kecil yang bertudung senget. =)

paling nakal masa tu curi 20sen budak sama mengaji dengan aqu dulu, bukan main dia teriak menangis. haha. Abang aqu tahu, masa tu dia sokong aqu. haha.
Esoknya aqu belanja dia ice cream sirap dua batang, 20 sen lah tu. haha. Pandai pulak nak tebus rasa bersalah. kahkahkah.

Rindu 1998.

Bersederhana

Dibesarkan dalam suasana yang sangat-sangat sederhana. Aku bersyukur. Segala-galanya mama dan papa ajarkan aqu supaya bersederhana. Termasuklah dalam berbelanja, maklumlah nanti ada gst bertambah-tambahlah sederhana aqu ni. haha.

Bukan gst soalnya. 'Kesederhanaan' itu yang cukup menarik perhatian aqu. Minggu lepas aqu dengan teliti mendengar seorang dari sahabat memberikan pandangannya tentang kesederhanaan. Katanya, kesederhanaan ini tak kena pada konsepnya pada sesetangah perkara. Contohnya :

-Bersederhana saja dalam beribadah
-Bersederhana saja dalam bersedekah
-Bersederhana saja study untuk exam.. haha [aqu mcm selalu buat je yang satu ni)
-Bersederhana dalam menutup aurat
-Bersederhana saja dalam membantu [macam tak ikhlas aja deh]

Dan ada banyak juga lah kesederhanaan yang tak kena pada konsep jika diaplikasikan tak sempat aqu tuliskan di sini. Boleh fikir kan? =)

Malah ada juga antara kita yang tak habis bersederhana dalam banyak perkara dan berlebih pula pada perkara yang perlu disederhanakan.

Haha, tak payah nalaogi jauh-jauh, aqu sendiri ni terlupa bersederhana bila duit dalam kocek mula menebal. Langsung tak beringat, at the end makan maggi hujung-hujung semester macam ni.Haha. 

Maksud aqu di sini mungkin kita perlu mendalami dengan lebih dalam lagi hingga ke dasar tentang konsep wasatiyyah yang sedang hangat di utarakan dalam tahun ini. Konsep ni penting untuk elakkan diri kita ni jadi puak pelampau dalam masyarakat. 

Jangan sederhanakan perkara tak patut.
Jangan melampau-lampau bila wujud obsesi. 


Jadi rebel tak melampau kan ?? kahkah..=D

Selasa malam rabu 12.28a.m 
sedang mengerjakan thesis draft ^_^
mana bisa lelap

Sources:  google

 

285

Tertungging terbalik dunia ini aqu rasakan, segala tindak tanduk menjerat leher ini. Kian patah. Perlukan balutan sokongan bukan hentaman.
Ada juga kalanya aku memikirkan bahawa ini semua silap.
Tapi mustahil Allah tak tahu.

Tak mengapa. Bak kata mama "Dalam hidup ni, motivasi diri yang penting." 
Apa yang aku tahu, segala usaha ini akan membuahkan hasil di kemudian harinya. Hari itu akan tiba, masanya aku hanya tersenyum memetik buah-buahan di ladang. 

Lakukan apa saja yang terbaik untuk hidup ini, berikan yang sesungguh-sungguhnya.
Pasti ada kejayaan yang menanti.
In shaa Allah ada rezeki.

Tidak kah kamu percaya pada janji Allah?

"Maka bersabarlah kamu, sesungguhnya janji Allah itu benar.."
[Al-Ghafir :55]

hari ni- 21Mei2014 4.08pm (5pm kena attend LI talk)

28Mei2014 (Partial Thesis submission)

mata

Sebenarnya sekarang ni sudah jam 2.59 am
17 Mei 2014...


berehatlah encik otak, pejamkanlah mata mu ashikin, tidurlah ashikin.
nnt berat pula mata kau mau bangkit qiam dgn sahabat2 ni haa.

selamat pagi Malaysia
selamat malam ashikin.... ^_^

memoir sendiri

Tempat yang sama, lebih kurang setahun yang lalu. 
Betul ini kenangan yang mengusik jiwa. Melihat mereka, aqu terbayang diri aqu setahun yang lalu.
Cukup serupa.
Lucu. 
Di sini aqu menerima tarbiyyah. Sakit. Perit. Mana taknya, dengan raut wajah aqu yang tak pandai menipu. Itu yang lucu. Bagaimana sahabat-sahabat cuba membawa aqu keluar daripada landasan selesa. Sedikit memberi rasa tatkala tidur hanya beralaskan simen, dinginnya sampai ke tulang rusuk. Haha. Mana tak angin..=D

Masih segar dalam ingatan tentang segala rungutan-rungutan diri sendiri. 
"Apesal aqu susah-susahkan diri? What the hell im doing?"
"Arghhh, aqu tak sepatutnya ada kat sini."
"Kalau tak datang sini, mesti aqu dah tidur lena dengan katil empuk selimut tebal."

Macam-macam lagi lah. Tapi sekarang. Setahun berlalu. Suasananya jauh berbeza. Aqu sering rindu untuk bersama sahabat ditarbiyyah bersama. Haha. 

Terima qaseh Allah,
terlalu banyak yang aqu belajar
terlalu banyak yang murabbi kongsikan
terlalu banyak kasih sayang Mu
terlalu indah 

Sekali sekala rasa nak menjerit, betapa aqu hargai, betapa aqu bahagia.

Allah anugerahkan senyumpan setiap detik dalam hidup aqu ni 24/7
terlalu banyak yang Kau berikan padaku Ya Rabb

Moga limpah rahmat ini, aqu tak lupa untuk syukuri.
Golongkan aqu dlm golongan org yg berjuang di jalan Mu. 

lepas grad

lahaiii baru aqu sedar jam blog ni tak berapa betul..
Apa saja lah kau Ashikin - nk betulkan xreti pulak, jenuh mencarinya dari tadi..

nanti setiap post aqu sertakan tarikh dan masanya lah..

Dalam sedar aqu terlalu banyak berfikir tentang masa depan - apa saja yang ingin aqu lakukan. =)
menghitung bulan nak bergraduasi..[hitung bulan saja lah baru, kang hitung hari lama pulak rasanya]

beberapa perkara penting yang harus aqu lakukan setelah grad - 
antaranya :

1) cari kerja secepat mungkin (aqu kalau boleh tak mahu mama papa tengok anak dara dia tanam anggur lama-lama, biarpun otak ni teringin sangat nk berehat-rehat bersenang-lenang goyang kaki di rumah.. haha perabis beras)

2) berjimat cermat, simpan lahh sikit2 gaji tu (haha tak kerja lagi mcm mana mau jimat nii??)

3) Beli rumah dan kereta sendiri (tu pentingnya jimat cermat, maklumlah rumah dan kereta harganya sedang melonjak melambung)

4) mahu ada buku sendiri (serius baru siap 3 bab,, sudah hantar,,haha apa aqu mengarut entah lah,, harap2 tak kena reject masuk tong sampah, kecewalah hati aqu nanti) haha

5) nak buat perpustakaan sendiri di rumah. (stok buku boleh tahan melangit sekarang ni) 

6) nak jd sukarelawan (mana-mana saja lah yang terima muka aqu masuk join diorang)
  
7) ada beberapa kerja yang aqu mahu buat, tapi tak mampu nak lampirkan kat sini.

aqu yakin semua orang ada matlamat masing2.. apatah lagi matlamat mahu kejar redha Allah..

semuanya tergantung pada niat.. ^_^

niat nak buat baik --> dapat 1 pahala
betul2 buat niat baik tu --> 2-3 kali lipat pahala..

in shaa Allah. ^_^

16 Mei 2014 1.08 am
 

Panggilan Jihad

".... Tidaklah sama orang beriman yang duduk (yang tidak turut berperang) tanpa mempunyai uzur (halangan) dengan orang yang berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan darjat orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang2 yang duduk (tidak ikut berperang tanpa halangan)...." 
[An-Nisa' : 95]

Benar, kita juga mampu melihat sendiri walaupun hanya dengan mata kasar beza orang beriman yang bersenang-senang daripada orang beriman yang berjuang di jalan Allah. 

Hatta kita juga mampu menilai,, apa lagi hebatnya darjat orang-orang beriman yang berjuang di jalan Allah.

Seringkali ada ungkapan-ungkapan tidak begitu berani 
"Aku tak biasa lah dengan dakwah.."
"Aku rasa aku tak layak ada dalam medan dakwah.."
"Aku tak punya banyak ilmu.."

Dan beribu alasan lain lagi. Sungguh jalan juang ini sungguh perit, kadang-kadang aqu jua rasa bermalas-malasan. Ahhhh persetankan malas-malasan itu, injakkan kaki mu kawan. Lantas turut derta dengan anak-anak muda yang ada ilmu di dada, ditambah dengan hamasah yang tersimpan dalam jiwanya..

Berjuang bagaimana? 
perlukah kita ikut berperang menegakkan Islam di Palestin mahu pun Gaza.
Andai termampu sahabatku, kau pergi lah ke sana..
In shaa Allah andai kita punya kudrat. 
Moga takdir bisa bawa kita ke sana merasai sendiri keperitan yang saudara kita alami. 

Pertama sahabat ku, kita perang dalam diri sendiri.. 
tumpaskan nafsu.. 
jihad ini, jihad sampai mati..

perhebat nilai-nilai dalam diri.
bina kualiti-kualiti 
cungkil segala kemahiran dan ilmu
mantapkan diri dengan tarbiyyah
suburkan jiwa dengan dakwah

dan sentiasa igt bahawa andai Islam itu tertegak dalam jiwa2 manusia seluruhnya,, maka Islam akan tertegak dengan sendirinya.

ingatkan aqu andai aqu terlupa..
tampar muka aqu andai aqu bermalas-malasan dengan alasan bosan.

Moga hati kita terus thabat. 
Amin Ya Rabb

source: google

source: google

Pesan akhir Shaifullah Idlan Bin Rozlan

Innalillah wainna illahirajiun

7 OGOS 1992 - 14 MEI 2014
Idlan,, ini post facebook enta yang terakhir..
ana paste kat blog ana tau barder..

--------
"Harapan itu fitrah manusiawi . Harapan datang bila kehendak itu cuba didapat . Andai harapan itu dicapai, bertiuplah angin tenang melega jiwa gembira bahkan boleh jadi megah berbangga . Harapan itulah ukuran agaknya lelah amalan, takdirnya agar perjuangan itu diterima .

Antonimnya, ombak pilu pula datang menghempas . Boleh jadi ombak menggila beserta badai mungkin . Itulah persis, maka akan gundah resah bahkan perit derita, lagi2 jika hajat itu adalah makin tinggi melangit .

Maka, disinilah titik cantuman kita kembali kepada Tuhan . Berharap pada yang belum pasti, sandarannya sejauh mana usaha kita untuk peroleh itu . Berbahagialah pada yang berusaha, andai tidak didapat, itulah pahit manis berjuang . Pusarkan harapan itu pada Tuhan, moga ada balasan pada masa mendatang .

Moga kau menemuinya . Berharaplah, pada Allah"
-----------


Allah
Itu pesannya..
Epol Idlan, ana bangga dapat jadi kawan enta..
Moga enta tenang di sana..
Berehat lah sahabat, mungkin esok aqu pula akan mengikut langkahmu..

=( Kami sayang enta,, tapi mungkin tak setanding enta sayang kami.
Allah

Mulai hari ni tiada lagi dpt kami dengar deraian tawamu sahabat,,
Tiada lagi dapat aqu dengar idea-idea mu,,
Tiada lagi dapat kami dengar cadangan-candangan kamu untuk hidupkan biah solehah,,
Tiada lagi kotak-kotak fikiran mu menemani kami menggali strategi-strategi memenangkan perjuangan Islam.

Maka nanti lihat-lihatlah kami di sini yang masih dalam perjuangan

Hari ini sahabatku,, bukan serpihan kaca yang jatuh bersepai,,
Tapi air mata ini yang berderai..
Allahu


kejap

Aqu sedar sesuatu..
yang aqu tak boleh buat kerja tetengah malam buta
apa pun tak boleh.
sebab tu aqu selalu tidur awal
perghh skema woitt..

=D
tapi kalau sekarang ni aqu pi lelap
subuh mengkarung pulak kang.
Sabar jap. xoxo

Taat pada manusia tak mutlak,, tahu tak?

Masih hidup hari ni.. syukur
Aqu tak dapat bilang berapa kali process breath in and breath out berlaku dalam kehidupan 24/7.
Demi Allah swt, aqu bersyukur sebab masih dikurnia nikmat melimpah ruah. Biarpun mama, papa tak beri aqu kehidupan mewah ibarat tidur atas tilam duit. Sudah Tuhan tentukan kehidupan yang bagaimana yang paling baik untuk hamba. Aqu bersyukur.

Tapi bila aqu sebut pasal satu perkara tak adil dimata aqu, ada yang mula tanya "Kau tak reti bersyukur ke?" 
Maaf ya,, aqu tak bersyukur dengan korupsi. 
Maaf ya,, aqu tak bersyukur dengan penindasan.
Maaf ya,, aqu tak bersyukur dengan penipuan.

Apa semua ni? haha
Fikirkan saja sendiri, apakah jiwa ini sudah merdeka?
Atau masih dikongkong oleh manusia yang rasa dirinya maha kuasa.
Masih dalam kepompong yang sama? dek kerana harus bersyukur dengan manusia?

Sedangkan aqu hanya wala' dan taat dengan mutlak pada Allah dan RasulNya.
Taat tak mutlak pada yang bukan hak.

Siapa kamu manusia nak tentukan hidup aqu?

Sesungguhnya Allah sudah tetapkan sejak dari Luh Mahfuz..

Mohon jangan mengelat..

Masih segar dalam ingatan ni, tak pernah hilang - saat kali pertama aqu mengintai-intai dari jauh sekumpulan gang duduk dalam bulatan sambil borak-borak manja. Sering tersinggung senyum disetiap wajah itu. Masa tu aqu tak terfikir lah pulak nak masuk campur hal rumah tangga orang. Haha. Aqu diam dah blah macam tu je. 

Melangkahnya aqu ke universiti, kali ini benar-benar cuba aplikasi hidup berdikari. Jalan tanpa gang-gang biasa. Haha. Padan muka, mana ada yang mau ambil engineering course jauh hujung dunia macam aqu ni. Universiti tak terkenal. Tapi aqu tak tahu apa yang aqu fikir sejak dari tingkatan 4 aqu pasang siap cita-cita nak datang ke sini. 

Allah sayang. Dia beri aqu peluang untuk bersahabat dengan orang-orang baik. Ya benarlah, siapa sahabat kita akan menentukan diri kita. 
Tiba-tiba termasuk pulak dalam golongan budak usrah. Menarik, aqu mula kenal agama yang selama ni aqu anuti, tapi tak aqu miliki. Terlalu luas ilmunya, bisa diteroka bila-bila masa. 
Itu tak masuk gaya aqu yang selalu beralasan bosan tak mahu datang usrah. Ahhh.. apa lah yang aqu fikir masa tu??

Entah kenapa bila baru-baru ini ikon di mata aqu, hebat. Namun katanya, andai dia mampu kembali ke masa lampau - dia mahu lakukan lebih baik dari apa yang dia lakukan ketika itu. 

Kata-kata itu membuat aqu terfikir banyak perkara. Tentang apa yang aqu sudah buat dengan hidup aku sendiri. Kebanyakkannya hanya yang sia-sia. Andai saja aqu boleh tumpang naik mesin masa, aqu mahu pulang ke zaman aqu bersekolah menengah. Aqu akan belajar lebih dari yang aqu belajar dalam bilik darjah. 

Aqu takkan biar hidup aqu terkongkong dalam kepompong akademik lahiriah - hanya bilangan A yang aqu kejar. Hanya penghargaan yang aqu harapkan ketika itu.

Ahhhhhh kini baru aqu sedar, masa itu memang sesungguhnya bernilai ibarat emas permata. Sekali datang, kita perlu sambar. Atau kita akan melopong begitu saja. 

Rugi sekali. 

Tak mengapa mulai hari ini, jangan lagi kau bersikap begitu lagi. Ubah lah gaya hidup kau ashikin. Moga lebih bermanfaat untuk masyarakat kelak. Hidup kau bukan untuk diri kau semata-mata. Tuhan dah bagi kau segala-galanya. Fikirkan apa yang perlu kau sediakan untuk bayar dengan segala keringat.. Bukan untuk apa - cuma kau perlu banyakkan zahirkan rasa bersyukur , Syukur itu bukan sekadar di bibir.. tapi kau perlu zahirkan dalam perjuangan. 

Jangan mengelat
Sekali kau tinggal perjuangan, Allah pasti akan gantikan dengan orang lain yang jauh lebih hebat dari kau. Dan dia adalah orang yang beruntung kala itu. Kau lah yang rugi kelak.

Jadilah manusia pilihan Allah.

"Sesungguhnya telah Kami jelaskan tanda-tanda kebesaran Kami kpd org2 yg mengetahui.." 
[Al-An'am, : 98]

source : mr. google

Besar sangat kah?

Teliti aqu mendengar kuliah seorang ikon pujaan hati aqu. Kisahnya tentang sedekah. Ceritanya menarik : 

Tentang seorang lelaki datang bersolat jumaat di masjid. Seperti kata papa, setiap hari jumaat akan diedarkan tabung masjid pada jemaah yang hadir. Kata papa, ikut ikhlas hati mulakan dengan bismillah. Sucikan rezeki dengan sedekah.

Lelaki tadi, selalunya selepas solat jumaat pasti akan ke pasar raya berdekatan untuk membeli barangan dapur. Dipoket kirinya ada not RM 5 untuk tabungan masjid dan dipoket kanannya ada not RM 50 untuk perbelanjaan dapur.
Seperti hari jumaat kebiasaannya, dia mengeluarkan wang dari saku kirinya untuk tabung masjid tanpa ragu-ragu. Senang hati dapat berbuat begitu.
Usai solat jumaat, dia terus ke pasar raya biasa. Dia menganbil barang-barang keperluan lantas di letakkan semuanya ke dalam troli. Lalu ke kaunter untuk membayar. Di keluarkan duit dari saku kanannya.
Opsss note RM 5.. bukan Rm 50..

Dah terrrrrmasuk dalam tabung masjid.... arghhhhh

'Bini aqu ni salah letak duit la ni.' [Tepuk dahi..]

"Cik, saya cancel lah beli barang-barang ni." hahahaha sabar je lah ye.

Balik rumah, tangan kosong. Si isteri bertanya:

"Abang, mana barang-barang dapur?"

"Duit tertaruk dalam tabung masjid, awak lah ni salah letak poket.."

"Erk,, sorry. Tak sengaja." entah kenapa dia hanya ketawa. Lucu barangkali.

"Gelak sakan nampak?"

"Ada 5 ringgit kan? Kita makan nasi lauk sardin kongsi berdua je lah. Romantik apa..." Sambung ketawa.

"Haaaa 10x bertuah dapat isteri macam ni." Hahahaha. Ada hikmahnya tu.


not RM 50 memang terlalu besar nilainya dimata kita untuk di isi ke dalam tabung masjid atau bersedekah di mana-mana pun. Aqu juga begitu. Entah kenapa terlalu lokek. 


Tanpa sedar saat kita mahu keluarkan duit poket untuk bersedekah syaitan sering membisikkan kemiskinan. Sedangkan Allah akan menggantikan sedekah itu dengan rezeki yang berlipat-lipat.

Jadilah tangan yang memberi,
jadilah tangan yang menghulur,
jadilah tangan yang di atas,

"Berimanlah kamu pada Allah dan Rasul-Nya dan infakkanlah (di jalan Allah) sebahagian dari harta yg Dia telah menjadikan kamu penguasanya. Maka orang2 yang beriman di antara kamu dan menginfakkan hartanya di jalan Allah memperoleh pahala yang besar." 
[Al-Hadid : 07]

Allah Ya-Razzaq, Maha Luas rezekiNya

senyum pun sedekah jugakkkk ^_^



Hari untuk mak =D

Cerita kelmarin 

Aqu menghadiri talk disampaikan Ustaz Suhaizan Kayat dan timbalanya Ustaz Khalil Abd hadi.
Jelas sekali bicaranya tentang peri penting peranan seorang mujahidah. First round dikongsikan tentang penglibatan ibu dan ayah dalam perjuangan seorang mujahidah. Terlintas terus dibenak aqu tentang Hari Ibu. Kebetulan hari ibu dirai pada 11 mei.. sebenarnya sambut hari ibu itu perlunya hari-hari, bukan pada hari yang tertentu saja.
Ibu jaga makan pakai kita juga tak kira masa kan.=)
Terus aqu capai telefon, sms mama.

Aku tulis begini :

"mama, mama tahu tak insan2 sehebat Rasulullah saw, Saidatina Fatimah, Sultan Muhammad Al-Fateh, Dr.Burhanudin al-Helmy, Imam al-Ghazali,, mereka ini lahir dari rahim ibu yang baik juga solehah.
teruslah doakan adik jadi insan sebehat mereka. Adik bersyukur dan bangga ada ibu macam mama..."

mama reply. mama kata :

"mama rindu anak mama yang merantau dari kecil dan sampai sekarang masih belum pulang."

Baru aqu sedar, anak bongsu macam aqu lainnya suka berdikari.Aqu jarang pulang. Sudah jadi kelaziman aqu pulang ke rumah bila punya masa yang agak panjang sahaja.
Aqu tahu mama pasrah je dengan aqu.
Sambil tulis mesej ini, teresak-esak jugaklah aqu menangis. Sudahlah rindu, aqu mahu sekali berada disisi mereka. Selama ini Allah terlalu sayangkan aqu, sehingga Dia kurniakan aqu mama dan papa yang sangat memahami tanpa aqu perlu cerita panjang. 
Aqu jatuh cinta pandang pertama pada kasih sayang dan cinta mereka.

Aqu bertuah punya mereka sepanjang perjalanan ini, saat orang lain tak memahami, tapi mereka mengerti.
Kala aqu bincang satu persatu, ternyata hanya mereka insan yang bersama aqu.
Saat insan lain mempersoal tindak tanduk aqu satu persatu, namun mereka tak pernah ragu. 
Pesan mereka yang aqu ingat selalu, "Adik, jaga diri kamu. Jangan lupa tuntutan menuntut ilmu."

Saat aqu terikat dengan janji.
Percaya dengan Allah itu sudah pasti.
 
Mereka itu,
Sang penyokong setia atas setiap tindakan.
Sang pendoa setia atas segala kebaikkan.
Sang pemberi redha, kerana dari situ juga datangnya redha Allah.
Sang pemberi cinta yang lahir dari pencipta.
Sang penguntum senyum, saat duka.

Bahkan tak pernah sekalipun mereka buat aqu kecil hati,, hatta aqu yang banyak sekali berbuat dosa pada mereka.

Allah,, sepanjang perjuangan aqu ini..
aqu benar-benar memohon agar Engkau redha, juga Engkau lindungilah mama, papa dan abang long aqu. 
Ya Latiff,,, lembuatkanlah hati mereka.
Ya Bari,,, permudahkan jalan kami untuk menginfakkan diri ke jalan perjuangan yang Engkau redhai.

Sungguh, aqu mahu sekali berpimpin tangan dengan mereka berjalan-jalan sekitar taman Syurga.. Itu impian kami, walau kami tahu betapa kami tak layak untuk semua itu..


Komitmen aqu

Kalau ditanya tentang masa depan, sudah pasti aku akan jawab "tak tahu".
"Tak tahu" itu jawapan paling jujur yang boleh aku luahkan.
Sumpah tak tahu apa yang Allah swt caturkan untuk masa depan aku.

Yang pasti mulai hari ini, aku dah tak boleh berputus asa mahupun berlengah-lengah dengan peluang depan mata yang aku ada. Aku tak mahu usia muda ini dibiarkan berlalu tanpa apa-apa. Tanpa apa-apa perkara yang paling kurang untuk aku bentang di hadapan Allah saat aku terdesak tak mahu dicampak ke neraka.

Mulai hari ini, kerahlah segala titik peluh kau, lakukan apa saja usaha untuk kau jumpa jalan menuju syurga. Biarlah dipandang pelik oleh manusia, jangan segan nanti di depan Tuhan. 
Sedangkan bukan manusia yang beri kau makan, kerana Allah lah yang menyatakan ketentuan. 
Hatta mereka yang bersuara bak guruh dilangit itu pun ,, Allah lah yang menyuap mereka dengan kehidupan.

Jangan takut dengan sesiapa.
Takut kau hanya pada Allah.. 
bangunlah anak muda.

seperti kata Nirvana - Smell like a teen spirit
dan diterjemahkan oleh Nami Cob Nobbler - bau semangat anak muda.

^_^
Labaik,, labaik...

 

Dia dah lali

Dengan gaya ala-ala budak grunge.
tapi grunge bukan sebarang grunge
grunge yang satu ini lali dengan sepak terajang manusia
di sepak teranjang pula kerana kepentingan diri manusia

budak ala-ala grunge ni kadang malu mengaku manusia
kau lihat brader manusia zaman sekarang macam mana
bukan macam dulu lagi kot
kalau manusia zaman dulu-dulu sangat pentingkan kemasyarakat
manusia zaman sekarang sanggup hancurkan masyarakat
untuk apa lagi ??
untuk diri sendiri..
Ahhhh.. Malah Tuhan yang Maha Agung tak sanggup biarkan hambaNya dlm penderitaan
siapa manusia mahu lihat manusia lain derita??
manusia macam apa?

budak ala-ala grunge tu dah sedar lama
macam-macam dia buat
sepak terajang caci-maki dia dapat
aku??
baru dah bangun dari tidur
masih terpisat-pisat mata
tunggu sarapan pagi atas katil?
mahu disuap macam puteri kayangan

seru diri sendiri untuk bangkit
jangan takut dengan caci maki sepak terajang manusia

lebih baik kau takut dengan sepak terajang Tuhan yang ada authority untuk lempar kau ke neraka 
sebab kau manusia punya tulang empat kerat tak guna langsung untuk masyarakat..

aku adore kau budak ala-ala grunge.
moga kita dapat jumpa empat mata.
kau inspirasi untuk budak baru bangun tidur macam aku..

agak2lah brader.. 
buat manusia yang punya iman
jangan kamu takut selain dari Allah
kerana Dia penentu untung nasib kita bukan manusia

source: google
source : google