Hari yang aku tak mahu tunggu

16 April 2014
bukan hari april fool..

but intelligious april..
kami semua dah siap untuk membentangkan idea yang ada.

Sesungguhnya apa yang ada dalam akal ini adalah  milik Allah swt.
Hatta seluruh diri ini adalah milikNya jua. ^_^

rasa macam nak bawa makanan ringan untuk menonton perbentangan secara langsung di depan mata. =D

Gambar : dri google. sebijik macam saya^_^ 

Ulang kaji cara saya =D

Memandangkan sudah seminggu juga masih tak dapat membuka sesawang pencicip (a.k.a twitter) jadi aktif jualah blog ini.

Setelah bertahun-tahun belajar dalam kelas, belajar dalam dewan kuliah, belajar dalam bilik, belajar di library, dan belajar di mana-mana jua yang aku suka, termasuklah pusat sumber awam Taiping kegemaran aku.
Kaji selidik terhadap diri sendiri aku rasa aku perlu buat.
Kaji selidik yang aku beri nama "Dengar lagu boleh fokus kah?"

Aku selalunya tak senang duduk bila belajar diam-diam atau keadaan yang sunyi. Pasti akan aku tutup kuping telinga ini dengan headset dengar lagu entah apa-apa. Kadang-kadang sampai terangguk-angguk tergeleng-geleng kepala ni dek mendengar muzik kegemaran aku Dupstep tambah-tambah lagi oleh Nathan Navarro mahupun petikan gitar rock kapak oleh Steve Vai.
Atau pun di rumah, aku mengulang kaji sambil menonton tv, masih aku ingat masa zaman SPM dulu-dulu. Aku mengulang kaji ditemani rancangan kegemaran aku Majalh Tiga dan Gerak Khas.

Melangkah ke zaman universiti dengan era serba canggih segala-galanya boleh di muat turun dari Ump Sharing, jari jemari aku mula gatal untuk memuat turun macam-macam cerita. Sambil belajar kononnya aku tak akan boring ditemani cerita itu dan ini. 

Semenjak dua menjak ini, aku berhenti mendengar muzik dan menonton cerita sambil mengulang kaji. 
Jadi aku mahu memberi kejutan pada diri sendiri semester ini, apakah keputusan peperiksaan aku akan meningkat? 
^_^

tapi tiada lah bermakna aku dah tak layan langsung Dubstep dan rock kapak, dengar juga kadang-kadang. =D

adalah seorang brader ni pesan pada aku dulu
katanya : 

"Nak study tu, bawa-bawalah dengar ayat-ayat suci Al-Quran. Selain daripada focus kita meningkat, hati tenang nak ulang kaji, bahkan segala syaitan pun lari."

Haha..
Hari ini aku study di temani Zikir Terapi Diri oleh Hafiz Hamidun
boleh dengar di sini :
http://www.youtube.com/watch?v=9NcS_2Io9t4&list=PLCBk-BF4BiH045hsquShGHrltU7CmVUdS




petang tadi, Hidayah Rasidi belanja ice cream ni.