Dari Kuantan ke Alor Setar

Haha 
klise sungguh tajuknya. Dari Kuantan ke Alor Setar.
sebenarnya catatan pulang kami dua kereta dari kampus ke kampung halaman masing-masing.
Keterujaan cuti study week masih terasa hingga ke tulang berdesuppp ke ubun-ubun yang kelihatannnya masih saja kosong. Belum terisi penuh dengan bekalan ilmu ke final exam.
Kesedaran seolah-olah sudah mula menerjah jiwa. Haha. Malam ini kita bersengkang mata jika mampu ya. =)

2 Jun, 11.30 pagi
Langkah aqu hayun ke bangunan yang petak itu. Meninggalkan partial thesis PSM aqu di luar bilik sv. Lega, siap juga akhirnya. Setelah 4-5 hari bersengkang mata menyudahinya. Terus aqu email softcopy kerjaan aqu pada sv kesanyangan. 

12.00 tengahari
Tonton drama korea seketeka. Reward myself lah konon. Ya lah, berapa lama hadap test, thesisi etc. Sekejap saja, aqu rasa bosan. Entah lah. Buka fb pun tak ada apa-apa yang menarik. Tidur sekejap.
Guess what???.. Tak lena. 
Bangun, bukak cerita korea lama. haha.
Kak Ilah said "Shikin, kita balik kampung jam 3.30petang." 
Yessssss. Memang sudah dari awal kami rancang mahu pulang bersama, Since akak sudah pindah ke Pulau Pinang.

2.00 petang
Baru kelam kabut kemas buku-buku kesayangan. Iron baju.
Tak mahu lambat. Kalau bab lain aqu lambat tak apa, kalau hal balik kampung....tak mungkin lahh.

4.30 petang
At the end, gerak jugak kami. Delay sejam. Atas masalah-masalah tak dapat di elakkan. =)
Tunggu kdq jugakk. Kata mahu konvoi

Perjalanan sungguh lancar, even slow sehinggaaa...

2.30 pagi 3 Jun
Dushhhhh
Aih akak langgar devider parking lahhh.. Aduhh.. Coolent pecah. Radiator pun mcm sama je.
Hehe, panic akak, Aqu relax saja. Akak lah, rabak kereta dia. Aihh Allahu. Mama papa dah tunggu kat Taping tuu.. =D
Decided nak stay dengan dioranglah even Sg.Perak tu dah dekat sgt dgn rumah aqu. [dalam 1jam 30 min kalau drive laju skit]
Tarik kereta ke Produa service center terdekat. Ipoh lah gamaknya.
Punya baik aqu lena dalam kereta yang ditarik tu. haha
Rm160... perghh upah tarik kereta saja. Tong tong lahhh. Hahaha. Habis keluar duit seringgit2.. haha tebal poket pakcik tarik kereta tu ha. 

4.45 pagi
Dengan belas ihsan pakcik guard yg jaga produa tu, dapat lah kami berehat di surau. haha. Sampai je, lena semua. Aqu jd sentri jap. haha. Budak lelaki tidur di sofa kat luar. 
Sedang aqu berjaga tu, tengok muka sahabat-sahabat nyenyak tidur. Aqu senyum sendiri. Haha.
Macam-macam tingkah. Bergelak ketawa bukan main dalam kereta. Dengan diorang tahan telinga sbb aqu tak habis-habis karaoke dalam kereta sepanjang perjalanan. Test vocal, nak jadi penyanyi katanya. haha Senget.
Mahu tak letih.

10.30 pagi
Baru dapat tahu dari foreman, kereta akak tak boleh siap hari itu juga. Katanya, tak ada spair part radiator.
Kami redha berpecah. Haha. ibu datang ambil aqu dan dibah di Ipoh. 

2.44 petang. 
Selamat sampai rumah terchenta.
Sahabat paling jauh [Alor Setar] sampai lebih kurang jam 5.45 petang. lewat juga.

Alhamdulillah 
Selamat semua. 

macam mana pun, ni pengalaman paling kelakar. lucu.
dah macam ukhuwwah tester pun ada jugak.  Allah Allah.
benarlah kata orang, kalau kita nak kenal sahabat kita dengan lebih baik, kita musafirlah dengan dia. ^_^
Tudia sahabat-sahabat aqu kuat membebel rupanya.. bebel-bebel sayang tuu. Semua nasihat dan peringatan. 
sahabatku,, antum hebat.. ^_^

Nak banding dengan kereta2 lain yg baru accident,, jny ok je.. =D