Sang Penulis Ikhlas

Sang penulis ikhlas. Mencoret kata dari hati pada sekeping kertas. Sehingga kertas yang tiada harga menjadi sebuah naskah agung rujukan pencinta sastera. Bagaimana ya jiwa seorang penulis? Aku sering bertanya soalan sama. Tak pernah berhenti mencari jawapan dalam bentuk ungkapan sopan. 

Jarang sekali aku ragu dengan nukilan penulis yang aku suka. Membawa aku kepada imaginasi sendiri. Membayangkan dunia yang bukan realiti, kadang-kadang indah kadang-kadang ngeri.

Aku mula jatuh cinta.

Sabar

Sabar. Satu perkataan yang selalu dilontarkan khas untuk insan-insan yang mengalami sesuatu norma dugaan yang bertimbun-timbun dan mengambil keputusan untuk bercerita kepada orang lain. Haha. Andai sabar itu semudah kata menyebutnya.

Andai saja. Dek kerana tindakan sabar itu teramatlah berat untuk dilaksanakan. Maka kadang-kadang kita jadi naik muak menyampah untuk mendengarnya lagi.


Tapi suatu hari, hanya kata 'sabar' saja yang aku mampu ucapkan pada sahabatku. Lalu aku olah sedikit kata sabar itu agar tidak kedengaran klise kepada 'Kau mampu sabar sikit lagi tak?'


Lebih kurang begitu. Dan aku terus mahu menjadi pendengar setia untuk dia, dan mungkin satu hari nanti aku juga berharalp dia selalu ada untuk aku juga untuk katakan 'Kau sabarlah sikit' kepadaku.


Sabar ya kawan-kawan saya. ^_^

-wattpad-

Rasanya Hari Ini

Dua Puluh Enam September, 2015

Rasanya hari ni tiada yang istimewa. Seperti hari-hari kebiasaannya.
Masih dalam keriangan cuti raya haji. Juga trip aku ke Pulau Pinang ditangguhkan atas sebab-sebab tertentu.

Jadi aku rasa mahu update sama ini blog dengan penulisan-penulisan yang pernah aku cuba di wattpad.
Terima kasih banyak-banyak ya bagi yang sudi membaca 'Lisztomaniac, Chenta dan Pandang'.
Maafkan saya yang tak berapa bagus ni.

^_^