Monokromatik

30 September 2015, Rabu
 
Berdirinya seorang 'Aku' yang bercorak hidup hitam putih monokromatik tak pernah lari dari rutin biasa. Semuanya sama. Susunan langkah seolah-olah menjadi, setiap perancangan yang diatur dengan sempurna. Seolah-olah Tuhan bikin segalanya mudah buat aku. Aku syukuri pada setiap inci nikmat yang diberi. Sangat aku hargai. 

Pada satu sisi aku melihat kedukaan pada butir-butir jernih air mata yang tak terlihat ditirai mataku, tangisan hamba lain yang tidak semudah aku liku-likunya.
Aku belajar dari pengalaman mereka yang tak putus-putus dihujani ujian darjah kesukaran tinggi. Gelombang badai yang menghempas pantai hati tak pernah menggoyah iman para hamba yang patuh pada perintah Yang Maha Esa.

Aku kagum dengan keberanian mereka berdepan dengan cabaran walau hidup sekadar pentas lakonan. Layar perak.
Aku tersenyum tatkala mendengar kisah mereka dan terpana setiap kali aku merenung ke dalam bulatan mata ikhlas mereka.

Terima qaseh kawan-kawan kerana sudi berkongsi rasa dengan insan kurang coraknya.

-wattpad: 12 September 2015-