Iftar pertama- Setalam kita ^^

"Hai Naqiu.. Assalamualaikum." Fahmi buat muka mesra. Angkat tangan macam nak tabik Abang Askar.

"Haa,, Waalaikumussalam." Acuh tak acuh saja. Budak tak cukup umur ni lagi. Ada saja. Usya jam G-Shock yang ringkas melilit pergelangan tangan. baru 6.40 petang. Awal sungguh budak ni datang, Maghrib 7.23.

Naqiu hanya melihat Fahmi budak junior katanya, terkocoh-kocoh berjalan menuju ke saff paling hadapan. Cepat-cepat dia membentang sejadah untuk kegunaan jemaah solat maghrib nanti. Sampai habis lah jugak sejadah tu dibentangnya. 
Usai itu, terkocoh-kocoh lagi dia menuju ke dapur masjid, membantu staf-staf bertugas yang sedang sibuk menyediakan juadah iftar hari ni. 
Dia mengintai-intai, woooo kari ayam kegemaran zaman-berzaman. Yuran 3 ringgit boleh makan sedap-sedap macam ni. woww
Rajin betul budak Fahmi ni. Semua kerja dia nak buat.

"Naqiu, mai la sini. Setalam kita." Fahmi melambai-lambai sikit tangannya, dari tadi dia pandang Naqiu terpinga-pinga. Ramai juga mahasiswa memenuhi ruang masjid hari ni.

"Duduk sebelah aku ni." Fahmi menarik lengan Naqiu segak sungguh berbaju melayu ungu, dipadan dgn seluar jeans.

"Ye, aku duduk." 

"Suapan pertama pada mulut sahabat." Fahmi sengih kerang busuk. "Nah, bukak la mulut." Fahmi sedia menyuap nasi ke mulut Naqiu.

"Tak payah blushing boleh tak? Aku bukan wife kau." Hahaha. 

"Haha. Nah." Naqiu membalas suapan ke mulut Fahmi.

"Habis ni, kau basuh talam." Fahmi angkat kening.

"Asal pulak aku?" 

"Sebab petang tadi, aku ukan main busy kat dapur. Kau dok mengintai je kat tepi tu. Bukan nak tolong." Fahmi membebel. 

"Haha,  bukan tak nak tolong. Segan." Naqiu sengih kerang busuk, bela diri.

"Makan cepat, solat." Naqiu menampar lengan Fahmi yang dari tadi asyik berborak. 

Memang tak pernah-pernah selama ni terfikir nak beriftar, makan share talam dengan orang lain. Apatah lagi nak suap-menyuap pulak. haihhhh..
Rare betul.. 
This is where we start.. Bestfriend till Jannah.. 



2 ringgit

Pernah kau rasa perasaan bila ada dua ringgit je dlm kocek..??
Kalau pernah, mesti ada rasa sama dengan aku rasa sekarang.
Dompet tu nampak tebal, tapi hanya penuh dengan resit-resit bayaran juga resit-resit atm. haha
Dia hanya mampu tersenyum.
RM 2 di zaman modenisasi ini, di kota raya Kuala Lumpur yang penuh dengan azam juga jerih perih manusia mencari rezeki..
Apa saja yang dapat?
Makan?
Makan apa?
Kerepek?
Nak buat apa?
Perut berlagu puisi lama orang dulu-dulu, Keroncong Kuala Lumpur. Lapar. Sabar je lah.
Itu lah, rasakan. Pagi tadi pergi bantai tidur lepas subuh. Apa pun tak boleh.
Menapak juga la aku balik rumah. 
Berdiri tegak depan Pavillion berfikir tentang perkara yang tak perlu fikir.
Biar saja manusia lain dengan kekalutan mereka sendiri , beli belah macam esok dah nak kiamat.
Arghh balik je lah.

"Eh.." siapa pulak main cuit-cuit tangan aku ni. Headset yang sedang memainkan lagu Mas Mona oleh Jefry Din dilurut ke leher. Haha lagu zaman 60-an yang satu ni dengar 1000kali pun masih mampu geletek hati ni. Ceria saja feelingnya.

"Kenapa dik?" asal budak ni. Tadah tangan. Depan Pavi pun ade pengemis? Biar benar?... alaaaa, duit pun tinggal 2 ringgit je ni. 
Haih, kau ni Deen kalau nak bagi tu bagi je la. cuba jadi passionate sikit.
Nak bagi? Tak nak bagi? Kalau bagi aku balik jalan kaki, kalu tak bagi pun aku balik jalan kaki jugak.

"Nah, ni je yang abang ade dik." menggigil keluarkan dua keping duit seringgit. 
Budak kecik tadi pergi setelah dia hadiahkan senyuman terima kasih.

"Deen." 

"Haa Man." 

"Kau nak gi mana? kau buat apa dekat Pavi, rancak kau Deen shopping kat sini."

"Tak da lah rancak mana, aku kan mampu beli baju bundle je, aku tak kerja pun, baru balik interview. Kau nak ke mana?" 

"Aku nak balik ni. Jom lah sekali." 

"Serius? Murah rezeki aku Man. Kalu tak tadi aku fikir nak balik jalan kaki je." Haaa nasib baik Saga merah model lama milik Rahman ni lintas sini tepat pada masanya.

"Rezeki kau Deen." 

"Ini pun kira rezeki? tapi poket aku dah betul-betul kosong  ni."

"Ye lah, kalau tak kau balik jalan kaki. Mahu kering peluh kau sampai rumah."
hahahahaha.. 

"Kiranya 2 ringgit yang aku bagi kat adik tadi tu duit tambang lah ye." 

"Tak jugak. Tuu rezeki dia, ni rezeki kau. Allah swt awesome, sebab dia tahu apa yang kita perlukan pada masa2 tertentu."

"Iye jugak, sebab aku sekarang ni betul-betul nak balik rumah ni. Hahaha." 





 ^_^ yang pasti tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima.. 
Rezeki Allah ada di mana-mana.