Mohon jangan mengelat..

Masih segar dalam ingatan ni, tak pernah hilang - saat kali pertama aqu mengintai-intai dari jauh sekumpulan gang duduk dalam bulatan sambil borak-borak manja. Sering tersinggung senyum disetiap wajah itu. Masa tu aqu tak terfikir lah pulak nak masuk campur hal rumah tangga orang. Haha. Aqu diam dah blah macam tu je. 

Melangkahnya aqu ke universiti, kali ini benar-benar cuba aplikasi hidup berdikari. Jalan tanpa gang-gang biasa. Haha. Padan muka, mana ada yang mau ambil engineering course jauh hujung dunia macam aqu ni. Universiti tak terkenal. Tapi aqu tak tahu apa yang aqu fikir sejak dari tingkatan 4 aqu pasang siap cita-cita nak datang ke sini. 

Allah sayang. Dia beri aqu peluang untuk bersahabat dengan orang-orang baik. Ya benarlah, siapa sahabat kita akan menentukan diri kita. 
Tiba-tiba termasuk pulak dalam golongan budak usrah. Menarik, aqu mula kenal agama yang selama ni aqu anuti, tapi tak aqu miliki. Terlalu luas ilmunya, bisa diteroka bila-bila masa. 
Itu tak masuk gaya aqu yang selalu beralasan bosan tak mahu datang usrah. Ahhh.. apa lah yang aqu fikir masa tu??

Entah kenapa bila baru-baru ini ikon di mata aqu, hebat. Namun katanya, andai dia mampu kembali ke masa lampau - dia mahu lakukan lebih baik dari apa yang dia lakukan ketika itu. 

Kata-kata itu membuat aqu terfikir banyak perkara. Tentang apa yang aqu sudah buat dengan hidup aku sendiri. Kebanyakkannya hanya yang sia-sia. Andai saja aqu boleh tumpang naik mesin masa, aqu mahu pulang ke zaman aqu bersekolah menengah. Aqu akan belajar lebih dari yang aqu belajar dalam bilik darjah. 

Aqu takkan biar hidup aqu terkongkong dalam kepompong akademik lahiriah - hanya bilangan A yang aqu kejar. Hanya penghargaan yang aqu harapkan ketika itu.

Ahhhhhh kini baru aqu sedar, masa itu memang sesungguhnya bernilai ibarat emas permata. Sekali datang, kita perlu sambar. Atau kita akan melopong begitu saja. 

Rugi sekali. 

Tak mengapa mulai hari ini, jangan lagi kau bersikap begitu lagi. Ubah lah gaya hidup kau ashikin. Moga lebih bermanfaat untuk masyarakat kelak. Hidup kau bukan untuk diri kau semata-mata. Tuhan dah bagi kau segala-galanya. Fikirkan apa yang perlu kau sediakan untuk bayar dengan segala keringat.. Bukan untuk apa - cuma kau perlu banyakkan zahirkan rasa bersyukur , Syukur itu bukan sekadar di bibir.. tapi kau perlu zahirkan dalam perjuangan. 

Jangan mengelat
Sekali kau tinggal perjuangan, Allah pasti akan gantikan dengan orang lain yang jauh lebih hebat dari kau. Dan dia adalah orang yang beruntung kala itu. Kau lah yang rugi kelak.

Jadilah manusia pilihan Allah.

"Sesungguhnya telah Kami jelaskan tanda-tanda kebesaran Kami kpd org2 yg mengetahui.." 
[Al-An'am, : 98]

source : mr. google

No comments:

Post a Comment