Aku Seorang
Pemimpin.
Ahhh aku
mana pernah peduli dengan apa jadi pada orang lain. Bahkan pada diri sendiri
pun aku tak pernah kisah. Aku pegang prinsip orang zaman purbakala, ‘go with
the flow’. Walaupun kadang-kadang prinsip tu tak boleh pakai langsung. Hidup
aku dilalui seperti orang biasa-biasa. Bangun pagi-pagi attend kuliah, tak
ponteng cuma otak ni saja melanyang-layang entah ke mana. Ada kala,
berjiwa-jiwa juga aku nk ke kuliah. Ahh sudah tiga tahun di universiti, apa
yang aku belajar? Aku sendiri pun lost. Orang ke kuliah, aku ke kuliah. Orang
cuti, aku pun cuti. Yang aku tahu, aku wujudkan diri aku ke uni ini hanya untuk
memenuhi hasrat parent aku.
Aku punya
sahabat baik, Grace. Gadis kacukkan cina-siam. Manis sekali orangnya. Jiwa kami
sama. Memang masuk lah. Di samping Fatimah, sahabat aku dari umur 8 tahun.
Tahun ni saja friendship anniversary kami yang ke 14 tahun. Grace belikan aku
tiket Steve Vai live in performance. Whatttt? Aku lupakan janji aku untuk
pulang ke kampung hari itu. Balik kampung
boleh hold on dulu. Tapi Steve Vai bro?? Mana mau cari? Rare kot. Walaupun
dibebel berjuta sentences oleh Fatimah, aku peduli apa. Minggu depan saja lah
aku pulang. Demi Steve Vai yang selalu temankan aku study dengan petikan
guitarnya yang mempersona, aku relakan jiwa.
Segala kerja
aku settlekan sebelum berjimba dengan live in performance Steve Vai. Ahhh kan sudah aku bilang kawan, ku relakan jiwa.
Perjalanan ke Kuala Lumpur indah sekali ditemani muzik-muzik bingit era teknologi
serba touchscreen. Sesekali aku memilih untuk berhenti berehat untuk
mengerjalan solat fardhu. Biarpun gang lain slumber tinggalkan solat, aku
biarkan saja. Ahh mereka memang begitu. Biarkan saja, aku malas nak ambil pot
kalau bab ibadah orang lain. Hal dia orang dengan Tuhan, aku tak boleh
suka-suka mau masuk campur. Nanti dikatakan jaga tepi kain orang. Aku bukan
jenis macam tu kot.
Asyik sekali
dengan Steve Vai. Ahhh dunia ini ibarat berhenti berputar. Seketika aku
merenung telefon bimbitku. Haaaa 46 miscall. 39 daripada Pak Long lagi 7
daripada Fatimah. Apa lanc pak Long tak pernah-pernah ambil tahu hal aku,
tiba-tiba penuh miscall. Aku keluar dari bingitnya manusia yang gila dengan
Steve Vai sama serupa aku. Tak sempat aku mendail semula Pak Long, Incoming
Call-Fatimah. Berderau darah aku dengan perkhabaran Fatimah. Steve Vai tak
mampu lagi menarik perhatian aku. 130km/jam. Aku memecut laju KL-Ipoh. Serabut.
Ayah dan ibu dikhabarkan sedang nazak di hospital akibat kemalangan jalan raya.
Namun aku berhenti jua di R&R sekitar Rawang untuk mengerjakan solat isyak.
Aku berdoa panjang. Kali ini fikiran aku hanya pada ayah dan ibu. Usai aku
melipat sejadah, disusun kembali ditempatnya, aku menerima panggilan telefon
dari Pak Long buat ke sekian kalinya. Aku angkat tanpa banyk fikir. Sayu suara
Pak Long. Pak Long menangis? Segarang-garang, setegas-tegas manusia bekas
tentera navy paling bengis itu menangis? Hah? Runtun jiwa ku saat Pak Long
menyatakan “Pak Long harap kamu bersabar ya Khadijah. Ibu dan ayah kami sudah
dipanggil Illahi. Lekaslah pulang.”
Inna Lillahi
wa inna ilaihi raji’un. Di saat itu bukan sekadar runtun jiwa ku. Tapi aku
sudah kehilangan jiwaku. Aku berkira-kira tentang salah aku di mana. Yaaa,
sepatutnya aku bukan mereka. Dek kerana aku gilakan live in performance kononnya,
aku kehilangan mereka.
Aku tatap
satu persatu wajah yang telah pergi meninggalkan aku itu. Tenang sungguh raut
wajah itu. Wajah yang selama ini memujuk aku kala duka nestapa. Tiada lagi
kucupan dikening ini, tak ada lagi pelukan mereka yang menenangkan hati, tiada
lagi leteran-leteran ayah disahut dengan bebelan ibu yang mengingatkan setiap
inci tindak tandukku. Suara-suara yang aku rasa selama ini sangat annoying dek
kerana asyik berkata perkara yang sama. Semua itu tiada lagi. Aku renung pula wajah
adik-adikku. Angah dan Adik. Ahh masing-masing masih bersekolah. Timbul pula
rasa kasihan pada mereka berdua. Selama ini pernah ke aku ambil berat tentang
mereka? Aku sendiri kononnya sibuk menguruskan pelajaran aku.
Mulai hari
itu, segala tanggungjawab melingkar dibahuku. Aku duduk saja di rumah
menguruskan keperluan adik-adikku sehari-hari. Tidak sedikitpun aku ingat
tentang pelajaranku yang terabai. Dunia ini aku rasa tidak adil untuk orang
seperti aku. Rasanya seolah-olah mahu lari tinggalkan semuanya, tapi mana
mungkin aku meninggalkan adik-adik aku. Mereka lebih memerlukan aku. Angah,
sudah seminggu memujukku untuk kembali ke uni. Tapi tak ku endah bila
memikirkan kehidupan mereka tanpa aku. Satu saja yang aku fikir, berhenti dari
university dan bekerja. Itu saja yang terlintas. Tak ada yang lain. Masa depan
adik-adikku jauh lebih penting dari segala yang aku punya. Namun keputusan itu
tidak sedikitpun mereka setuju. Tiga minggu mereka memujuk. Fatimah juga pulang
semata-mata untuk memujukku. Hati aku ini cair juga.
‘Sungguh Allah tak akan menzalimi
seseorang walaupun sebesar zarah… [04:40].’Dengan semangat baru. Setelah aku letakkan
kepercayaan sepenuhnya pada Afiza dan Nadrah, aku tinggalkan mereka. Aku
kembali ke uni dengan semangat baru. Ahhh kehidupan aku ini perlu diubah 360
darjah, satu kali pusingan berputar alam. Ajakkan rakan-rakan untuk berjimba
bersama, aku tolak satu persatu. Sudah, kali ini kehidupan aku hanya untuk
keluarga ku.
Kau tahu
kawan, seperti yang aku jangkakan dari mulanya. Masalah kewangan. Ibu dan ayah
tidaklah begitu kaya dan berharta orangnya. Aku memilih untuk bekerja sambilan
di kedai membuat kek dan pastry. Aku memlilih untuk bekerja di sana sambil
timba pengalaman. Mana tahu aku boleh jadi usahawan kek pula nanti. Tak
pernah-pernah aku merangka jadual harianku, semenjak itu aku sudah punya daily
and monthly planner. Drastic sungguh kawan. Aku tak mahu kesibukan bekerja end
up dengan lupa hantar assignment. Mahu kena ligan dengan lecturer aku yang
serupa ketua bala tentera bersekutu. Haha. Sorry sir.
Aku mengeluh
pula dengan satu tanggungjawab. Pikul lah kau Khadijah, siapa suruh kau
gatal-gatal attend annual grand meeting tu. President Persatuan Hal Ehwal
Wanita. Nampak ringan saja. Tapi aku malas sungguh, klisse. Nasib baik Fatimah
sedia membantu aku. Maklumlah, aku tak punya pengalaman yang luas sepertinya.
Mungkin ini menyebabkan aku perlu lebih banyak belajar. Terima saja kawan.
Aku hadir ke
sebuah majlis ilmu. Rare memang rare. Haaa aku haruslah hadir. Mana tidaknya? Lecturer
kesayangan aku yang memberi tazkirah. Mana mungkin aku tinggalkan. Aku bekerja,
kehadiran aku agak lewat sedikit. Rugi saja. Tak apalah janji dapat jugak
hadir. Better late than never guys. Fatimah buat muka pelik tambah terperanjat
macam nampak hantu bila sedar kehadiran aku. Haha. Tak hairan. Sebab aku juga
hairan, sebelum ni bila diajak ke majilis ilmu ada saja alasan aku mengelat.
Aku pun tak tahu apesal aku semangat sangat kali ni. Mungkin jiwa ni dah kosong
sejak dulu dan baru sekarang tergerak hati untuk mengisinya.
“Unbelievable”.
Guess what?? Aku tak tidur pun masa tazkirah tu. Haha. Sentence yang paling aku
ingat “Tanggungjawab yang dipukul sekarang akan dipersoal diakhirat..” Lebih
kurang macam tu, aku tak ingat sentence penuhnya bagaimana. Gulp…… Telan air
liur. Aku ni? Jaga adik-adik aku elok-elok tak? Jadi president Persatuan Hal
Ehwal Wanita tu? Sekadar popular? Dan ada beberapa persoalan lain juga bermain
dibenakku. Ahhh.. Fatimah, aku rasa kau kene tolong aku.
Fatimah
memberi idea padaku untuk menjalankan Kempen Menutup Aurat. Memang kena lah
dengan nama persatuan Hal Ehwal Wanita tu haha. Haa dengar saja tajuk kempen
itu. Eeeiii kau tahu kawan, on the spot aku terus cari stoking yang aku ada
dalam locker aku. Haha, macam mana nak jalankan kempen serupa itu kalau
presidennya sendiri tak tutup aurat betul-betul. Ahh Fatimah memang pandai buat
orang bertaubat. Haha. Dia tersengih-sengih saja saat aku terkocoh-kocoh
mencari stoking. Haha. Dia hadiahkan aku stoking belang-belang ungu. Kau tahu
kawan? Aku terharu sekali. Stoking itu comel pulak.
Dengan kuasa
veto yang aku ada, aku minta semua ahli jawatan kuasa di bawahku untuk mula
menutup aurat dengan sempurna dek kerana kempen akan berjalan tak lama lagi.
Haha. Minggu ini saja macam-macam hadiah aku dapat dari sahabatku Fatimah.
Tudung baru, baju muslimah, hand socks. Banyak pula duit dia. Aku terima dengan
senang hati. Malah aku hargai dengan ucapan terima qaseh berjuta kali. Kata
Fatimah “Ini rezeki berkat solat dhuha kau.” Haha. Suka sekali aku
mendengarnya. Seperti yang aku jangka, ada saja ahli jawatankuasa menolak
arahan aku. Atas alasan aku tak boleh paksa mereka berpakaian menutup aurat.
Aku terima, mungkin kerana aku pun baru sahaja mempraktikkannya. Jenuh juga
berbahas soal ini. Tapi, kau tahu kawan? Fatimah berjaya pujuk hati mereka.
Ahhh hebat betul mantera si Fatimah ni. Aku perlu banyak belajar darinya. “Pujuk dari hati ke hati.” Aku ketawa besar
bila ayat itu keluar dari mulut Fatimah. Jiwang sungguh. Haha.
Seperti biasanya,
hari-hari aku menelefon angah dan adik bertanyakan khabar mahupun keperluan
yang mereka perlukan. Tetapi hari itu lain sedikit, adik dimasukkan ke wad. Aku
bergegas pulang ke Ipoh. Aku merasakan seluruh Ipoh hari itu kelam, sunyi. Tak
ada bulan yang menyinari malam. Adik disahkan menghidap leukemia. Aku dan angah
bersandar di satu dinding kosong. “Kakak study macam biasa, SPM angah kan lagi
dua hari nak habis. Biar angah je lah jaga adik.” Afiza menatap mata aku
dalam-dalam. Adik-adik sumber kekuatanku. Bila begini, hatiku goyah sedikit.
Mujur Afiza lebih kuat berbanding aku.
Tiada lain
yang aku fikirkan melainkan mencari duit lebih untuk perubatan adikku. Afiza
juga menggunakan kemahiran yang ada bekerja sambilan mengambil upah menjahit di
rumah sambil menjaga Nadrah. Aku menambah kerjaan ku memandangkan hasil
pendapatanku daripada kedai kek itu tidak memadai. Aku catu sedikit makan dan
keperluanku. Pada malam hari aku bekerja part-time di salah sebuah restoren
24jam berdekatan dengan kampus. Aku semakin kerap pulang ke Ipoh untuk memantau
kesihatan Nadrah dan menemaninya di saat dia punya appointment dengan apakar
perubatan mahupun chemotherapy. Sakit yang ditanggungnya kadang-kadang aku juga
tak mampu nak tatap. Air mata aku tahan saja. Tak mungkinlah aku menangis di
hadapannya. Bahkan Nadrah perlukan kekuatan dari kami.
Semester
baru menjelang. Sedikit kecewa dengan keputusan peperiksaan semester 6, aku
gagal pada satu subjek killer yang ditakuti ramai. Chemical Reaction
Engineering 2, aku salah seorang mangsanya. Mahu tak mahu, aku terpaksa
mengambil semula subjek tersebut. Terasa sedikit berat akademik aku semester
ini. Apa boleh buat? Usaha saja. Afiza berkorban, dia menolak tawaran ke
universiti kursus diploma Undang-undang idamannya demi Nadrah. Dengan rela hati
dan senyuman dia hadiahkan padaku saat memilih untuk berada di tingkatan enam.
Sedangkan satu ketika dulu Afiza seboleh-bolehnya tidak mahu ke tingkatan enam.
Allah saja yang tahu betapa aku hargai pengorbanan angah.
Fatimah
selalu berpesan pada aku, supaya tidak meninggalkan kerja dakwah yang sudah
menjadi kefardhuan individu. Setakat ini aku hanya mampu dek kerana aku
president persatuan Hal Ehwal Wanita dikampus. Bulan depan aku sudah jadi
mantan. Setakat itu sajakah usaha dakwah ku? Kusut juga ya. Khadijah kau tahu
tak? kau ni beruntung. Mujur kau ada insan-insan baik disekeliling kau. Kalau
tidak, mahu ke laut juga kau ni ha. Usrah juga kadang-kadang tak bergerak. Apa
nak jadi ni??
Aku
surrender, angkat bendera putih. Masa aku tak mencukupi. Fatimah membantuku
untuk menampung usrah yang tertangguh sejak seminggu lalu. Aku pula memenuhi
tuntunan akademik dengan lebih focus. Terlalu padat jadual minggu itu.
Cemasnya
Afiza menelefonku petang itu. 130km/jam. Mungkin jauh lebih laju dari itu.
Kondisi Nadrah semakin memburuk. “Nadrah, tunggu along.” Setitis air mata
tumpah menyapa bumi. Setelah sekian lama air mata tersimpan, sejak pemergian
kedua ibu ayah kesayangan, itulah kali terakhir aku menangis. Aku tiba tepat
jam 4.45 petang di hospital besar Ipoh. Aku gagahi untuk menyimpan tangisan
aku. Nadrah, adik bongsu aku. Terbaring layu di katil hospital. Kau tahu kawan?
Dia tersenyum saat melihat wajahku. Aku tahu benar betapa peritnya kesakitan
yang dia alami, jelas saja terpacar dirautnya yang lemah, namun masih saja mahu
senyum. Dia mengajak aku solat asar berjemaah. Aku dan angah membantu Nadrah
untuk bangkit dari pembaringannya. Katanya dia mahu temankan aku berbuka puasa.
Ya, aku juga lupa aku berpuasa kala itu. Hari khamis, kami lazimi untuk
berpuasa sunat. Maklumlah, ramadhan makin hampir, latih diri dulu supaya biasa.
Di samping kutip pahala puasa sunat. “Akak, sorry adik tak puasa hari ni.”
Perlahan suara Nadrah. Dia tersengih. Aku membalas dengan senyuman yang paling
manis untuknya. “Teman akak berbuka lah ye nanti.” Aku katakan padanya sebelum
kami mula solat asar berjemaah.
Usai solat
asar, aku meghulurkan tanganku pada angah. Angah tuduk dengan hormat mencium
tanganku. Runtun lagi jiwa ku melihat Nadrah sudah terbaring layu dengan
matanya terpejam rapat dan seyuman yang masih belum lekang. Nadrah tinggalkan
kami, tercapai hasratnya untuk mengikut arwah ibu dan ayah. Saat itu aku meraup
wajahnya. Rindu akan gelak tawanya. Gurauannya. Tangisannya, merengek mahukan
itu dan ini dari ibu dan ayah. Allahu. Nadrah pergi saat aku mengumpul wang
yang hanya tinggal lagi RM 5000 supaya pembedahan dapat dijalankan. Allah.
Kakak macam apa aku ini? Menjaga adik seorang ini aku tak mampu? Apa lagi untuk
menjaga ummah.
Mulai hari
itu, hanya aku dan angah meneruskan langkah sendiri menghadapi dunia yang
macam-macam tingkahnya. Aku dan angah giat dengan street dakwah bersama
sahabat-sahabat lain yang kadang-kadang dipandang serupa orang pelik dan aneh
oleh masyarakat kini. Angah aku lihat hebat sekali dengan hujah-hujahnya sang
peguam, ke sana ke mari dengan memberi motivasi pada anak muda sekaligus
mendekatkan jiwa anak muda dengan Islam as the way of life. Aku di sini sebagai
graduat chemical engineering, yang baru sahaja meletakkan jawatan sebagai
operation engineer yang sangat sibuk 24 jam haha. Dan aku memilih bekerja sebagai penulis
underground yang punya Library café usaha kecil-kecilan dan tak mungkin aku
tolak untuk bersama-sama sahabat mengembangkan syiar Islam dalam dunia canggih
serba touchscreen.
‘Jika Allah menolongmu, maka tak ada
yang dapat mengalahkanmu. Tetapi jika Allah membiarkamu, maka siapa lagiyg
dapat menolongmu setelah itu?? kerana itu hendaklah kepada Allah saja
orang-orang mukmin bertwakal……’ [03:160]