Besar sangat kah?

Teliti aqu mendengar kuliah seorang ikon pujaan hati aqu. Kisahnya tentang sedekah. Ceritanya menarik : 

Tentang seorang lelaki datang bersolat jumaat di masjid. Seperti kata papa, setiap hari jumaat akan diedarkan tabung masjid pada jemaah yang hadir. Kata papa, ikut ikhlas hati mulakan dengan bismillah. Sucikan rezeki dengan sedekah.

Lelaki tadi, selalunya selepas solat jumaat pasti akan ke pasar raya berdekatan untuk membeli barangan dapur. Dipoket kirinya ada not RM 5 untuk tabungan masjid dan dipoket kanannya ada not RM 50 untuk perbelanjaan dapur.
Seperti hari jumaat kebiasaannya, dia mengeluarkan wang dari saku kirinya untuk tabung masjid tanpa ragu-ragu. Senang hati dapat berbuat begitu.
Usai solat jumaat, dia terus ke pasar raya biasa. Dia menganbil barang-barang keperluan lantas di letakkan semuanya ke dalam troli. Lalu ke kaunter untuk membayar. Di keluarkan duit dari saku kanannya.
Opsss note RM 5.. bukan Rm 50..

Dah terrrrrmasuk dalam tabung masjid.... arghhhhh

'Bini aqu ni salah letak duit la ni.' [Tepuk dahi..]

"Cik, saya cancel lah beli barang-barang ni." hahahaha sabar je lah ye.

Balik rumah, tangan kosong. Si isteri bertanya:

"Abang, mana barang-barang dapur?"

"Duit tertaruk dalam tabung masjid, awak lah ni salah letak poket.."

"Erk,, sorry. Tak sengaja." entah kenapa dia hanya ketawa. Lucu barangkali.

"Gelak sakan nampak?"

"Ada 5 ringgit kan? Kita makan nasi lauk sardin kongsi berdua je lah. Romantik apa..." Sambung ketawa.

"Haaaa 10x bertuah dapat isteri macam ni." Hahahaha. Ada hikmahnya tu.


not RM 50 memang terlalu besar nilainya dimata kita untuk di isi ke dalam tabung masjid atau bersedekah di mana-mana pun. Aqu juga begitu. Entah kenapa terlalu lokek. 


Tanpa sedar saat kita mahu keluarkan duit poket untuk bersedekah syaitan sering membisikkan kemiskinan. Sedangkan Allah akan menggantikan sedekah itu dengan rezeki yang berlipat-lipat.

Jadilah tangan yang memberi,
jadilah tangan yang menghulur,
jadilah tangan yang di atas,

"Berimanlah kamu pada Allah dan Rasul-Nya dan infakkanlah (di jalan Allah) sebahagian dari harta yg Dia telah menjadikan kamu penguasanya. Maka orang2 yang beriman di antara kamu dan menginfakkan hartanya di jalan Allah memperoleh pahala yang besar." 
[Al-Hadid : 07]

Allah Ya-Razzaq, Maha Luas rezekiNya

senyum pun sedekah jugakkkk ^_^



No comments:

Post a Comment