Hari untuk mak =D

Cerita kelmarin 

Aqu menghadiri talk disampaikan Ustaz Suhaizan Kayat dan timbalanya Ustaz Khalil Abd hadi.
Jelas sekali bicaranya tentang peri penting peranan seorang mujahidah. First round dikongsikan tentang penglibatan ibu dan ayah dalam perjuangan seorang mujahidah. Terlintas terus dibenak aqu tentang Hari Ibu. Kebetulan hari ibu dirai pada 11 mei.. sebenarnya sambut hari ibu itu perlunya hari-hari, bukan pada hari yang tertentu saja.
Ibu jaga makan pakai kita juga tak kira masa kan.=)
Terus aqu capai telefon, sms mama.

Aku tulis begini :

"mama, mama tahu tak insan2 sehebat Rasulullah saw, Saidatina Fatimah, Sultan Muhammad Al-Fateh, Dr.Burhanudin al-Helmy, Imam al-Ghazali,, mereka ini lahir dari rahim ibu yang baik juga solehah.
teruslah doakan adik jadi insan sebehat mereka. Adik bersyukur dan bangga ada ibu macam mama..."

mama reply. mama kata :

"mama rindu anak mama yang merantau dari kecil dan sampai sekarang masih belum pulang."

Baru aqu sedar, anak bongsu macam aqu lainnya suka berdikari.Aqu jarang pulang. Sudah jadi kelaziman aqu pulang ke rumah bila punya masa yang agak panjang sahaja.
Aqu tahu mama pasrah je dengan aqu.
Sambil tulis mesej ini, teresak-esak jugaklah aqu menangis. Sudahlah rindu, aqu mahu sekali berada disisi mereka. Selama ini Allah terlalu sayangkan aqu, sehingga Dia kurniakan aqu mama dan papa yang sangat memahami tanpa aqu perlu cerita panjang. 
Aqu jatuh cinta pandang pertama pada kasih sayang dan cinta mereka.

Aqu bertuah punya mereka sepanjang perjalanan ini, saat orang lain tak memahami, tapi mereka mengerti.
Kala aqu bincang satu persatu, ternyata hanya mereka insan yang bersama aqu.
Saat insan lain mempersoal tindak tanduk aqu satu persatu, namun mereka tak pernah ragu. 
Pesan mereka yang aqu ingat selalu, "Adik, jaga diri kamu. Jangan lupa tuntutan menuntut ilmu."

Saat aqu terikat dengan janji.
Percaya dengan Allah itu sudah pasti.
 
Mereka itu,
Sang penyokong setia atas setiap tindakan.
Sang pendoa setia atas segala kebaikkan.
Sang pemberi redha, kerana dari situ juga datangnya redha Allah.
Sang pemberi cinta yang lahir dari pencipta.
Sang penguntum senyum, saat duka.

Bahkan tak pernah sekalipun mereka buat aqu kecil hati,, hatta aqu yang banyak sekali berbuat dosa pada mereka.

Allah,, sepanjang perjuangan aqu ini..
aqu benar-benar memohon agar Engkau redha, juga Engkau lindungilah mama, papa dan abang long aqu. 
Ya Latiff,,, lembuatkanlah hati mereka.
Ya Bari,,, permudahkan jalan kami untuk menginfakkan diri ke jalan perjuangan yang Engkau redhai.

Sungguh, aqu mahu sekali berpimpin tangan dengan mereka berjalan-jalan sekitar taman Syurga.. Itu impian kami, walau kami tahu betapa kami tak layak untuk semua itu..


No comments:

Post a Comment