Sabar. Satu perkataan
yang selalu dilontarkan khas untuk insan-insan yang mengalami sesuatu
norma dugaan yang bertimbun-timbun dan mengambil keputusan untuk
bercerita kepada orang lain. Haha. Andai sabar itu semudah kata
menyebutnya.
Andai saja. Dek kerana tindakan sabar itu teramatlah berat untuk dilaksanakan. Maka kadang-kadang kita jadi naik muak menyampah untuk mendengarnya lagi.
Tapi suatu hari, hanya
kata 'sabar' saja yang aku mampu ucapkan pada sahabatku. Lalu aku olah
sedikit kata sabar itu agar tidak kedengaran klise kepada 'Kau mampu
sabar sikit lagi tak?'
Lebih kurang begitu. Dan
aku terus mahu menjadi pendengar setia untuk dia, dan mungkin satu hari
nanti aku juga berharalp dia selalu ada untuk aku juga untuk katakan
'Kau sabarlah sikit' kepadaku.
Sabar ya kawan-kawan saya. ^_^
-wattpad-
-wattpad-
No comments:
Post a Comment