lepas grad

lahaiii baru aqu sedar jam blog ni tak berapa betul..
Apa saja lah kau Ashikin - nk betulkan xreti pulak, jenuh mencarinya dari tadi..

nanti setiap post aqu sertakan tarikh dan masanya lah..

Dalam sedar aqu terlalu banyak berfikir tentang masa depan - apa saja yang ingin aqu lakukan. =)
menghitung bulan nak bergraduasi..[hitung bulan saja lah baru, kang hitung hari lama pulak rasanya]

beberapa perkara penting yang harus aqu lakukan setelah grad - 
antaranya :

1) cari kerja secepat mungkin (aqu kalau boleh tak mahu mama papa tengok anak dara dia tanam anggur lama-lama, biarpun otak ni teringin sangat nk berehat-rehat bersenang-lenang goyang kaki di rumah.. haha perabis beras)

2) berjimat cermat, simpan lahh sikit2 gaji tu (haha tak kerja lagi mcm mana mau jimat nii??)

3) Beli rumah dan kereta sendiri (tu pentingnya jimat cermat, maklumlah rumah dan kereta harganya sedang melonjak melambung)

4) mahu ada buku sendiri (serius baru siap 3 bab,, sudah hantar,,haha apa aqu mengarut entah lah,, harap2 tak kena reject masuk tong sampah, kecewalah hati aqu nanti) haha

5) nak buat perpustakaan sendiri di rumah. (stok buku boleh tahan melangit sekarang ni) 

6) nak jd sukarelawan (mana-mana saja lah yang terima muka aqu masuk join diorang)
  
7) ada beberapa kerja yang aqu mahu buat, tapi tak mampu nak lampirkan kat sini.

aqu yakin semua orang ada matlamat masing2.. apatah lagi matlamat mahu kejar redha Allah..

semuanya tergantung pada niat.. ^_^

niat nak buat baik --> dapat 1 pahala
betul2 buat niat baik tu --> 2-3 kali lipat pahala..

in shaa Allah. ^_^

16 Mei 2014 1.08 am
 

No comments:

Post a Comment