for free

"Kalau encik membuat pembelian lebih dari seratus ringgit, encik akan dapat voucher membeli belah sebanyak dua puluh ringgit secara percuma." 
muka mat salesman berseri-seri dek embun pagi.

"Betul ke ni?" wajah lelaki berkaca mata hipster bingkai putih itu berkerut-kerut. 

"Betul encik." mat salesman meyakinkan lelaki itu. 

"Baiklah kalau begitu saya tambahkan barang belian saya sehingga cukup seratus ringgit." beg dompet dikeluarkan, dua not lima puluh ringgit dikeluarkan.

"Terima kasih encik, sila datang lagi." mat salesman itu melambai-lambai.

---
"Apa tu ayah?" 

"Voucher beli belah percuma." lelaki itu menghulurkan voucher itu pada anak perempuannya. 

"Laaa, luput tarikhnya. Sudah tak valid lagi ni."  Laila tersenyum. "Kenapa ayah tak tebus awal-awal? rugi saja." 

"Ayah malas nk ke pasaraya itu, jauh." remote controller ditekan. 

"Nak tebus voucher percuma juga perlu usaha kan ayah, kalau malas-malas melepas." Laila ketawa. 

"Ok fine Laila, buatkan ayah kopi." tak pasal-pasal kene pangkat malas.Tiba-tiba rasa rugi pula habiskan RM100 dengan menambah barang-barang tak berfaedah. -_-

p/s admin utk diri sendiri juga : tak mau malas2 baca Al-Quran... =) 

 

No comments:

Post a Comment